“Dahlah puluhan ribu maut sebab corona” – Tak Habis Dengan Covid-19, AS Dibadai Puting Beliung Hingga 30 Maut!

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita kematian covid-19 paling tinggi adalah negara Amerika Syarikat dengan angka 23,648, lapor worldometer.

Pelbagai musibah yang menimpa mereka termasuklah puting beliung yang dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ni.
Bencana alam ini telah meragut sebanyak 32 nyawa dan ianya bukan berlaku pada satu kawasan malah 8 negeri yang terlibat dalam masa 2 hari, lapor CNN.
Puting beliung itu telah melanda di negeri Texas, Arkansas, Louisiana, Mississippi, Alabama, Georgia, Carolina Utara dan Selatan serta Tennesse.
Difahamkan sebelum puting beliung ini melanda kawasan Mississippi mereka telah mengesannya 1 jam awal dari 100 batu sebelum ke kawasan.
Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi telah mencatatkan 11 orang terbunuh di negeri tersebut, sementara 9 terkorban di Carolina Selatan dan 8 orang di Georgia.
Selain itu, terdapat 2 kematian di Tennessee dan Arkansas serta Calorina Utara masing-masing melaporkan sekurang-kurangnya satu kematian

Bukan sekadar meragut nyawa ribut ini turut menyebabkan kerosakan rumah, pokok tumbang, dan penutupan jalan raya.
Allahu, moga kita dijauhkan dari bala bencana amin..
Baca: Tak Sampai 2 Minggu Kena Tsunami, Indonesia Dilanda Puting Beliung Dahsyat!




