Rasanya pengguna TikTok semua dah tahu tentang trend yang tengah ‘panas’ sekarang ini iaitu model challenge dengan bergaya seperti muda depan majalah. Bukan hanya TikTokers, barisan selebriti juga tak ketinggalan untuk melakukan challenge tersebut menggunakan jenama-jenama pakaian yang terkenal.
Trend TikTok ‘Chanel’
Ini termasuklah artis yang terkenal dengan lagu ‘Sumpah’ iaitu Aina Abdul apabila dia ada memuat naik video dirinya menggunakan jenama Chanel untuk melakukan challenge yang sedang viral itu.
https://www.tiktok.com/@ainaabdul20/video/7101606637667945755?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_video_id=7101606637667945755&refer=embed
Gaya tudung dah macam ‘sister’ (rahib gereja)
Dalam video tersebut, Aina mengenakan outfit serba putih tetapi penampilannya telah mendapat kritikan daripada beberapa pihak memandangkan tudung yang digayakan seolah-olah menyerupai ‘sister’. Penampilan seperti itu turut digayakan ketika sidang media ‘A Night With Aina Abdul 2.0’ yang berlangsung semalam.
Mereka juga berharap supaya Aina lebih peka serta berhati-hati dalam bereksperimen walaupun umum sedia tahu bahawa penyanyi lagu ‘Semalam’ berkenaan sangat berani dalam bermain dengan fesyen sewaktu mengadakan persembahan pentas.
Namun, Aina menjelaskan yang memang pihak mereka mahu tampil sebegitu dan berkaitan dengan brand yang dimaksudkan. Penyanyi itu juga memaklumkan yang dia enggan lagi memanjangkan isu tersebut kerana fesyen yang digayakan hanyalah bersifat ‘sementara’, lapor Astro Gempak.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang menyokong dan ada juga yang tidak berkenan dengan gaya tudung yang dipakai penyanyi berkenaan.
Kalau korang pula, korang suka ke fesyen macam ni? Ke rasa fesyen ni tak sesuai dan menyerupai ‘sister’?
Baca: “Saya beri 300%” – Ramai Mengadu Mahal Tapi Aina Abdul ‘Confident’ Harga Tiket Berbaloi”