Jumaat lepas merupakan hari bermakna buat penyanyi nombor satu negara, hari kelahiran Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan gelaran Tok Ti yang ke 40 tahun.
Ucapan daripada rakyat Malaysia, peminat, rakan artis, malah orang-orang ternama tak putus-putus di media sosial beberapa hari lalu.
Ada juga penyanyi membuat ‘cover’ lagu-lagu Tok Ti seperti Khai Bahar dan Kugiran Masdo. Bagaimanapun, lagu cover Purnama Merindu yang dinanyikan oleh penjuang muzik Pop Yeh Yeh ini mendatangkan rasa kurang senang pada peminat Tok Ti.
Whole song jadi sampah, langsung tak respect penyanyi asalnya”
Lagu Purnama Merindu yang didendangkan dengan irama Pop Yeh Yeh ini demi tribute Tok Ti sempena hari ulang tahunnya yang ke 40 yang dikendalikan oleh Radio Hot FM.
Disebabkan itu peminat fanatik Tok Ti di Twitter tak gemar dengan gaya alunan lagu ini dan mengutuk sekeras-kerasnya kerana dianggap tak respect lagu penyanyi asal. Bahkan bagi Alan Al Padat ia merupakan satu penghinaan.
https://twitter.com/IniAlannn/status/1084117425929351168
Nyanyi dah macam orang mabuk ketum. Ini bukan tribute ini penghinaan tahu tak?”
https://twitter.com/IniAlannn/status/1084122262561730562
Berdarah oii telinga aku”
https://twitter.com/IniAlannn/status/1084125425666650112
“Kalau korang tengok live chat masa fb live tu..Komen kat bawah semua fans masdo all out puji cakap sedap la version masdo, power la purnama merindu version masdo…. I was like.. Seriously bitch? Ada kutu babi ka dalam telinga hampa?? Sampai x dengaq depa nyanyi hauk gila kot!!”
Peminat-peminat yang lain juga turut mengecam cara nyanyian kumpulan ini. Mereka samakan dengan kugiran karaoke di kenduri kahwin. Ish tak kan lah sampai macam tu, kan sedap!
Kenduri kahwin pun boleh cancel kalau dia nyanyi – Netizen
Tak apalah, kalau nak nyanyi ikut cara Tok Ti nanti lain pula jadinya, memang ini genre yang dibawakan oleh Masdo, tapi mungkin salah pilih lagu atau mereka bukanlah orang sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu ini.
Lain orang lain minat ye dak? Kita pun tak tahu apa reaksi tuan empunya lagu kan?