“Dah apa hal berbogel tu??” – Video Viral Lelaki Berbogel Depan Masjid, Pegang Parang & Kejar Polis

Tambah ke Sumber Pilihan
“Dah apa hal berbogel tu??” – Video Viral Lelaki Berbogel Depan Masjid, Pegang Parang & Kejar Polis

Sejak akhir-akhir ni, banyak perkara pelik yang berlaku di sekeliling kita yang buat admin terfikir, apa nak jadi dengan orang sekarang ni.

Terbaru, viral di Facebook ialah sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki sedang berlari dalam keadaan bertelanjang di hadapan sebuah masjid di Kuantan. 


“Apa kes ni?” 

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkulit gelap memegang senjata tajam berlari di hadapan perkarangan masjid dalam keadaan bogel.

Lebih menakutkan, dia seperti ‘tak makan saman’ langsung dengan teguran polis dan siap boleh kejar balik polis serta ingin memukul anggota tersebut menggunakan senjata di tangannya. Uish ganas! 

Untuk lihat video, korang klik kat sini.

“Tak waras agaknya ni. Kesian abang polis tu lari lintang pukang” 

Rata-rata netizen yang melihat video ni memang terkejut habislah melihat gelagat lelaki tu. Mereka kebanyakannya mengagak yang lelaki itu mungkin kurang waras, jadi sebab itulah dia bertindak sedemikian. Apa-apapun ramai yang puji polis tu sebab tak bertindak ganas dengan lelaki tu.

Tak Sihat
Sumber: Facebook
Walau bagaimanapun, menurut perkongsian netizen di ruang komen, lelaki terbabit telah pun ditangkap polis dan orang ramai di tepi jalan.

Sehingga kini, tidak diketahui sebab musabab mengapa dia berkelakuan begitu dan harapnya pemuda tersebut sudah dirawat di hospital.

80405664 173895633723405 9184816781158514688 O Copy

80359846 2608793125874112 4142187891872759808 N Copy
Sumber: Facebook
Baca: “Mak cik tolong saya, tolong” – Wanita Ini Jumpa Remaja Lelaki 16 Tahun Bogel Dekat Kubur Lepas Dia Kena Belasah

Tolong

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Dah apa hal berbogel tu??” – Video Viral Lelaki Berbogel Depan Masjid, Pegang Parang & Kejar Polis
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dah-apa-hal-berbogel-tu-video-viral-lelaki-berbogel-depan-masjid-pegang-parang-kejar-polis/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM