in

“Mak cik tolong saya, tolong…” – Wanita Ini Jumpa Remaja Lelaki 16 Tahun Bogel Dekat Kubur Lepas Dia Kena Belasah

Feature Image Bugil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ada pengalaman bercinta atau berkenalan melalui media sosial tak? Hakikatnya korang tak pernah jumpa pun pasangan korang tu, tapi hanya rancak bersembang dekat alam maya je.


Baru-baru ni seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Rio, 16, telah dijumpai dalam keadaan bogel di kawasan perkuburan selepas dia dan pasangannya yang dikenali melalui laman Facebook berjanji untuk berjumpa.

Lunyai 1
Sumber: tribun jakarta

Menurut portal Tribun Jakarta, sebelum ini, remaja lelaki itu telah bersetuju untuk berjumpa dengan gadis idamannya yang dikenali melalui Facebook itu di sebuah stesen minyak berdekatan.

Pada ketika itu, Rio membawa kawannya sebagai peneman sampai lah secara tiba-tiba gadis idamannya itu mengubah lokasi untuk mereka berjumpa.

Rio kemudiannya meninggalkan kawannya itu di stesen minyak tersebut dan pergi secara berseorangan ke lokasi baru yang diberi.

Lokasi tersebut merupakan kawasan perkuburan dan mereka berjanji untuk berjumpa pada sekitar jam 8 malam.

Sampai sahaja di sana, dia mendapati tiada sebarang kelibat gadis idamannya itu, namun apa yang menunggunya hanya 3 orang lelaki yang langsung tidak dikenali.

Dengan lampu yang suram, mereka bertiga terus memukul lalu membogelkan Rio. Namun begitu, Rio tidak mampu untuk melawan kekuatan mereka bertiga.

“Makcik tolong.. tolong saya…”

Setelah itu, Rio ditinggalkan di kawasan perkuburan tersebut dalam keadaan telanjang tanpa seurat benang sekalipun.

Remaja ini kemudiannya dijumpai oleh warga tempatan yang dikenali sebagai Sukma, 42, yang memang tinggal berdekatan kawasan itu.

Pada mulanya, dia menyangka bahawa lelaki berkenaan  merupakan orang gila yang berkeliaran di kawasan sekitar. Namun, setelah dia menghampiri Rio, dia mendapati bahawa remaja itu telah disakiti.

Dia kemudiannya, segera memberikan kain untuk Rio menutupi tubuhnya yang di tinggalkan dalam keadaan bogel.

Selepas itu, Rio di bawa ke rumah penghulu bagi mendapatkan bantuan.

 

Lunyai 2
Sumber: tribun jakarta

Rio berkata kemungkinan salah seorang lelaki yang menyerangnya itu merupakan teman lelaki kepada gadis idaman yang dikenali melalui Facebook.

Bahaya juga kalau nak jumpa buat kali pertama untuk orang yang kita kenal melalui media sosial ni. Apa pun, jaga keselamatan masing-masing ye.

 

Baca: “Buka tudungnya, bogelkan aja!” – Wanita Ini Disangka Lelaki Yang Menyamar Hampir Ditelanjangkan Oleh Jiran Hanya Sebab…

Feature Image Maleng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.