in

“Cukup bahan bukti” – JPJ ‘Buru’ Pasangan Buat Aksi Bermanja Secara Berbahaya Ketika Memandu

Bermanja Secara Berbahaya Memandu Jpj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan memuat naik video memaparkan aksi bermanja secara berbahaya ketika kenderaan sedang bergerak mengundang padah apabila pasangan ini bakal dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang menyiasat video tular yang memaparkan tindakan seorang lelaki memandu kenderaan bersama seorang wanita yang duduk menghadapnya tanpa memakai tali pinggang keledar.


Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan mengesahkan bahawa tindakan undang-undang dan saman akan dikenakan terhadap kedua-dua pemandu dan penumpang terbabit sebaik sahaja siasatan selesai.

“Tindakan akan diambil terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit.

“Siasatan masih berjalan dan selepas selesai kita akan mengeluarkan saman kepada mereka,” katanya.

Screenshot 2026 06 03 143307

Artikel berkaitan: Macam Dalam Filem Aksi, 14 MPV Polis Kejar Pasangan Kekasih Cuba Lari Sejauh 96KM

Artikel berkaitan: Tular Video Wanita Buat Aksi Berbahaya Tahan Kereta Di Lampu Isyarat, Ini Rupanya Yang Berlaku

Video berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi netizen kerana bukan sahaja menunjukkan aksi mesra yang tidak kena pada situasi, malah kedudukan wanita itu yang dilihat duduk secara bertentangan dengan menyandar pada papan pemuka kereta turut mengundang bahaya kerana membelakangkan aspek keselamatan di dalam kenderaan.

Screenshot 2026 06 03 142953 Screenshot 2026 06 03 143013 Screenshot 2026 06 03 143047

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.