Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa pelbagai tindakan undang-undang yang boleh dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada orang awam sekiranya kesalahan tersebut dikesan mengikut akta yang sudah sedia ada.
Namun begitu, keutamaan pihak berkuasa tertumpu kepada kes-kes yang lebih kritikal dan boleh mendatangkan atau menjejaskan keselamatan orang awam khususnya pengguna jalan raya.
Artikel berkaitan: Tular Bendera Malaysia Dipasang Terbalik, Anthony Loke Minta Jangan Politikkan Isu
Artikel berkaitan: Tular Gambar Notis KTM Tidak Beroperasi 26 Julai, Ini Penjelasan Anthony Loke
“Cuaca panas, jadi faham” – Anhony Loke
Biarpun beliau tidak menafikan bahawa kesalahan seperti memasang pelindung cahaya matahari atau ‘sunshade’ adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang, Anthony Loke mengatakan bahawa ia tidak menjadi keutamaan pihak berkuasa setakat ini.
“Ada banyak (kesalahan jalan raya) tetapi lebih banyak perkara kritikal terhadap keselamatan (yang menjadi keutamaan JPJ). Ia bukan tidak penting tetapi perkara-perkara sebegini bukan keutamaan.”
“Keutamaan kita adalah seperti lumba haram, pemandu mabuk, memandu secara haram, rempit yang membahayakan orang lain. Kita memang ada peraturan itu (terhadap tindakan memasang ‘sunshade’) tetapi tidaklah sehingga menakut-nakutkan orang lain. Sekarang juga cuaca panas, jadi faham.”

Beliau mengulas perkara ini selepas isu larangan penggunaan ‘sunshade’ kerana boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya disebabkan boleh mengganggu pandangan dan keselamatan sewaktu pemanduan tular di media sosial.
Dalam pada itu, ramai netizen yang mengecam JPJ yang menjelaskan pemasangan itu adalah satu kesalahan sekiranya tidak mengikut spesifikasi JPJ dan boleh disaman sehingga RM300.

Anthony berkata, JPJ tidak pernah mengeluarkan saman terhadap mana-mana pengguna kenderaan yang memasang ‘sunshade’ setakat ini.
“Bagaimanapun, sekiranya anda tanya pengarah JPJ negeri, dia mesti akan jawab. Dia tidak boleh jawab peraturan ini tiada kerana ia sememangnya ada. Itulah situasi sebenar isu (sunshade) ini.”
Sumber : Berita Harian
