in

Tular Video Wanita Buat Aksi Berbahaya Tahan Kereta Di Lampu Isyarat, Ini Rupanya Yang Berlaku

Wanita Aksi Bahaya Tahan Kereta Bergerakkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Seorang wanita yang videonya tular melakukan aksi berbahaya menahan sebuah kenderaan di persimpangan lampu Isyarat baru-baru ini telah tampil membuat laporan polis petang semalam.


Wanita yang merupakan warga Indonesia itu menjelaskan bahawa dia bertindak demikian kerana bertengkar dengan suaminya, lapor Harian Metro.

Timbalan Ketua Polis Port Dickson, Muhamad Mustafah Hussin, berkata kejadian berlaku kerana wanita berusia 32 tahun itu bimbang terhadap kesihatan suaminya yang baru sahaja mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.

“Pasangan itu yang tinggal di Port Dickson memberitahu, sebelum kejadian mereka bertengkar di rumah kerana si suami hendak ke rumah anak mereka di Teluk Kemang,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, suami yang berusia 58 tahun itu memandu kenderaan keluar dari rumah tanpa menghiraukan larangan isterinya.

Wanita tersebut kemudian membonceng motosikal ditunggang jirannya dan mengesan suaminya itu di persimpangan lampu isyarat. Lalu, bertindak menghalang kereta dipandu suaminya yang mahu meneruskan perjalanan.

Menyedari tindakan tersebut telah tular di media sosial, pasangan terbabit memohon maaf atas perbuatan dilakukan dan mengakui ia boleh membahayakan diri sendiri dan orang awam lain.

Baca: “Kawal kemarahan, jangan bertengkar” – Peguam Kongsi Tips Sekiranya Kereta Dilanggar Dari Belakang
Langgar Belakang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.