in

“Comelnyaaa” – Tun Siti Hasmah Menyanyi ‘Enjit-enjit Semut’ Nak ‘Tenangkan’ Tok Pora Ambil Suntikan Vaksin

Tok Pora Ambik Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti di mana-mana tempat kini sedang mempergiat suntikan vaksin buat warga emas, Pulau Langkawi juga tidak ketinggalan dalam memvaksin golongan orang tua di sana.


Salah seorang penduduk Langkawi yang dikenali sebagai Tok Pora atau nama sebenarnya Sepora Amin, 106 tahun juga baru selesai mendapatkan dua dos suntikan vaksin baru-baru ini.

Whatsapp Image 2021 06 19 At 16.28.00

Namun rupa-rupanya ada situasi comel dan mencuit hati yang berlaku ketika wanita tertua di Langkawi ini menerima vaksin. Dia telah mendapat kunjungan, Ahli Parlimen Langkawi yang juga mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Menerusi perkongsian TikTok @hadi4bdul, Tun Siti telah dilihat menyanyikan lagu ‘Enjit-enjit Semut’ untuk menenangkan Tok Pora ketika wanita ini sedang divaksinasi oleh seorang jururawat. Alahaiii comelnya Tun Siti menyanyi! 

@hadi4bdul

Comel tak cara yang digunakan Tun Hasmah ???? #fypシ #tiktokmalaysia

♬ original sound – Alif Kamil – Alif Kamil

Dalam pada itu juga, dapat dilihat Tun Mahathir menyaksikan proses vaksinasi tersebut dalam ruangan itu.

 

“Comelnyaaa Tun Hasmah!” 

Video tersebut telah mencuit hati netizen yang rata-rata sangat suka melihat peribadi Tun Siti yang lembut dan sanggup meluangkan masa untuk menenangkan Tok Pora di PPV.

Tun Yang Baik

Apa-apapun bagi yang tak tahu, hari ini merupakan hari lahir Tun Siti Hasmah tau. Kami di Lobak Merah ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 95 Tun Siti Hasmah! Semoga terus sihat selalu di samping Tun M! 

Baca: “Sayang sampai tua” – Netizen Tersengih Tengok Tun M Berdating Dengan Tun Siti Hasmah

Tun Siti M

Sumber: Kosmo
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.