in

“Cikgu ejek pakaian dia” – Pelajar 16 Tahun Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Jadi ‘Target’ Guru di Sekolah

Dibuli Cikgu

Sangat menyedihkan apabila seorang guru, orang yang sepatutnya melindungi mangsa buli sebaliknya merupakan pembuli. Itulah yang berlaku kepada seorang pelajar dari Pulau Pinang baru-baru ini.

S Logamitraa,16, ditemui tergantung di kipas siling dengan kain selimut terikat di lehernya dalam bilik oleh ibu mangsa kira-kira jam 6.15 petang, Selasa lalu (4/2/2020).

Sebelum kejadian ibunya mengetuk pintu bilik Logamitraa beberapa kali namun tidak dijawab. Dia kemudian mengambil kunci pendua dan membuka pintu dan terkejut apabila ternampak anaknya tergantung di kipas siling.

Buli4
gambar hiasan

Menurut NST, Logamitraa kemudian terus dibawa ke Hospital Bukit Mertajam namun disahkan meninggal dunia 3 jam kemudian.

Keluarga mangsa kemudian mendesak pihak berkuasa membuat siasatan tentang insiden itu dan mendakwa pelajar terbabit menggantung diri kerana tertekan dengan pihak sekolah yang tidak membenarkan permintaannya untuk menukar kelas.

Beberapa cikgu selalu menjadikan dia subject untuk dipermalukan dengan bercakap tentang pakaian, rambutnya dan macam-macam lagi.”

Mangsa pernah menyuarakan hasrat bertukar kelas kepada ibu bapanya dan perbincangan juga pernah dibuat bersama pihak sekolah namun, diberitahu perlu buat permohonan terlebih dahulu selain melihat kepada prestasi dalam peperiksaan.”

Mangsa ditempatkan di kelas kedua terakhir dan meminta untuk ditukar kepada kelas lebih baik dan disebabkan itu, ibu bapanya memujuk supaya dia tingkatkan pembelajaran agar permohonan pindah kelas berjaya.

Logamitraa dikatakan mahu menukar kelas selepas merasakan dirinya dimalukan oleh seorang cikgu apabila dia disuruh memakai seluar pendek sebagai hukuman selepas ditahan kerana memakai seluar panjang ketat ke sekolah.

Buli1
Sumber: nst

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata,

Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui unsur jenayah dan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana menggantung diri berikutan terdapat lebam pada lehernya.”

Ketika disoal, beberapa rakan sekelas Logamitraa berkata dia tidak gembira apabila diletakkan di kelas dua terakhir dan sering menjadi ‘target’ cikgu untuk dimalukan.

Ada beberapa cikgu akan tegur dan malukan dia walaupun ianya perkara yang kecil. Dia beritahu mahu tukar kelas tapi tidak diluluskan. Walaupun gred dia tak bagus tapi dia tak gagal pun dalam peperiksaan.”

Kami sangat sedih bila dapat tahu dia bunuh diri.”

Buli3
sumber: berita harian

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung isu ini dan dalam proses mengumpul maklumat untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata siasatan akan dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya diambil. Sementara itu, keluarga mangsa pula meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku dan sangat berharap tindakan sewajarnya akan diambil bagi membela nasib Logamitraa.

Kalau terbukti memang cikgu tu buli mangsa, harap dia dihukum. Bukan setakat pindahkan ke sekolah lain je…

Baca: “Entah-entah dia kena buli” – Murid Sekolah 10 Tahun Di Cheras Ditemui Mati Gantung Diri Masa Hari Pertama Sekolah

Gantungdiri