in

“Entah-entah dia kena buli” – Murid Sekolah 10 Tahun Di Cheras Ditemui Mati Gantung Diri Masa Hari Pertama Sekolah

Gantungdiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim sekolah baru sahaja bermula dan ramai ibu bapa yang dah mula membiasakan diri semula dengan rutin harian mereka. Bangun awal untuk kejut anak dan hantar mereka ke sekolah.


Hari yang sepatutnya menjadi hari teruja buat segelintir penjaga berubah menjadi hari tragik buat pasangan ibu bapa dari Cheras ini.

 

Gantung diri masa hari pertama sekolah

Saat ibu bapa ini ingin menjalankan rutin hariannya pada hari pertama sekolah, dia temui anak yang  itu gantung diri ketika ingin kejutkan murid berumur 10 tahun itu pada 2 Januari 2020, hari pertama sesi persekolahan bermula. Lapor WORLD OF BUZZ.

Murid itu dikejarkan ke hospital tapi malangnya dia telah disahkan maut, hasil kaji siasat pihak polis lakukan, insiden itu berlaku pada pukul 5.30 pagi.

Ketika disoal siasat, ibu bapa mangsa mengatakan bahawa kali mereka nampak anaknya masih hidup pada malam sebelumnya pada pukul 9 malam, sebelum dia nak tidur.

” Pihak forensik masih belum dapat mengesan jika ada unsur-unsur jenayah di lokasi kejadian dan kenyataan daripada keluarga telah dirakam, kami temui tiada sebarang kemusykilan” – Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendent Mohd Sabri Abdullah.

10Yo Cheras Girl Tragically Found Hanged To Death On Her First Day Of School World Of Buzz 4
Sumber : wob

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Dalam pada itu, ramai netizen tersentuh dengan insiden tragik itu dan mereka beranggapan bahawa insiden ini mungkin ada kaitan dengan kes buli.

Malah, ada juga yang bimbang mungkin dia risau mungkin dia takut nak berjumpa dengan pembuli itu tahun lepas.

 

Mungkin dia kena buli dengan budak nakal dekat sekolah – Netizen

Cheras

Cheras2

Hurm, kesiannya ada betulnya juga apa yang netizen katakan, tapi selagi masih belum dapat pengesahan selagi itu lah kita jangan buat andaian. Andaikata betul-betul sekalipun, harap ibu bapa lepas ni beri tumpuan kepada anak-anak walaupun tengah sibuk.

 

Baca : “Ini baru nama jangan kejut harimau tidur” – Netizen Puas Hati Bila Mangsa ‘Rembat’ Balik Pembuli Ni

Pembul

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.