in

“Celah mana nya” – Netizen Pelik Iklan Aiskrim Popular Ditarik Balik Akibat Kecaman Imej Seksual Guna Model Kanak-kanak

Ellagross

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata netizen Malaysia,’bawang’ Korea ni boleh tahan juga. Ia susulan dengan isu  iklan jenama aiskrim popular yang di tarik balik ekoran dengan dakwaan imej seksual menggunakan model kanak-kanak berumur 11 tahun.



Mesej yang cuba disampaikan hanyalah ingin memperkenalkan menu baru, tanpa diduga iklan itu mendapat kecaman hebat oleh netizen dari Korea.

 

Celah mana nya – Netizen Malaysia

Dalam video tersebut model cilik Ella Gross memakai baju warna merah jambu sambil memperagakan menu aiskerim terbaru tu.

Menerusi laporan The Star semalam, iklan itu mendapat kecaman hebat daripada netizen di sana kerana warganet hentam berkenaan solekan dan pakaian yang digunakan itu membuatkan Ella nampak tua dan ada yang anggap gaya dan ekspresi mukanya menggambarkan seksualiti. Huh?!

Br

Bukan itu sahaja gambar close-up di mulutnya tengah makan aiskrim tu merujuk kepada aksi ghairah. Mereka anggap aksi itu macam tak ada sensitiviti lebih-lebih lagi model tu budak-budak.

Br2 1

Ekoran dengan kecaman yang dikatakan memiliki unsur keghairahan tu, iklan tersebut telah ditarik balik dan syarikat aiskrim tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

 

Kami percaya dah tetapkan solekan khas untuk model dan pakaian kanak-kanak buat Gross, pakaian yang digunakan adalah dari salah satu jenama pakaian kanak-kanak” – Syarikat jenama aiskrim

Bahkan syarikat itu dan pihak produksi dah berbincang dengan ibu bapanya terhadap gambaran iklan tersebut.

Memandangkan ada ‘bawang Korea’ yang menyalahkan ibunya kerana memberi galakkan melakukan aksi yang mereka anggap ‘kotor’ tu, ibunya ada tampil memberikan respon melalui Instagram anaknya itu.

View this post on Instagram

I wanted to take a moment to address the reaction that Ella received to a recent project that she worked on with Baskin Robbins Korea. I’m saddened to see how certain segments of the Korean public reacted to this commercial. What was honestly meant to be a fun commercial for a new ice cream flavor is being perceived by them as something disgusting and horrific. As most women, I have many roles in my life. However, I am first and foremost a mother, a title in which I take great pride and value above anything else. Ella is my daughter who I would gladly give my life for. It pains me that people have lashed out in such a careless and combative way. Ella continues to grow up with strong faith in God and I pray she will be a role model for other girls. What matters most is how you are on the inside. Ella is a beautiful soul because she truly does not have any bad intentions. She is one of the most hard working, strongest, sweetest, down to earth girls you will ever meet. She is intelligent, she is humble, and she really is a great girl. To those that are rallying against the Baskin Robbins commercial, stop saying that you are doing this “for Ella.” She is surrounded and loved by many strong and powerful women who wholeheartedly have her best interests at heart and who are confused and angered by your hurtful and negative reactions to a beautiful child. To Ella’s fans, her friends and family that pour love onto our sweet girl, I truly want to say Thank You from the bottom of my heart. I have realized how a few words of kindness really mean more than a thousand words of hate. I am so thankful for you all! ~Ella’s Mom

A post shared by Ella G. 🦋 (@ellagross) on

‘Saya mahu mengambil sedikit masa untuk beri respon terhadap reaksi yang diterima oleh Ella kepada projek baru-baru ini yang dia bekerja dengan B**** R**** Korea. Saya sedih  masyarakat Korea respon terhadap komersil ini. Apa yang dimaksudkan komersial itu adalah keseronokkan untuk rasa ais krim baru, tapi apa yang dilihat oleh mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan dan menjengkelkan. Seperti wanita lain, saya mempunyai banyak peranan dalam hidup saya. Bagaimanapun, sebagai ibu, saya adalah orang yang pertama dan paling utama.  Ella adalah anak perempuan saya. Ia menyakitkan bila ada orang telah mengecamnya. Ella terus membesar dengan kepercayaan kuat kepada Tuhan dan saya berdoa dia akan menjadi contoh untuk gadis-gadis lain.  Dia bijak, dia rendah diri, dan dia benar-benar seorang gadis yang hebat. Kepada mereka yang menentang komersial B****** R******, berhenti mengatakan bahawa anda melakukan ini “untuk Ella.”  Dia dikelilingi oleh ramai wanita yang kuat dan sayanginya dengan  sepenuh hati . Untuk peminat Ella, kawan dan keluarganya yang mencurahkan kasih kepada gadis manis kami, saya ingin mengucapkan terima kasih tulus dari hati saya. Saya sangat bersyukur kerana kamu semua! ~ Ibu Ella”

Berikutan dengan penularan isu ini di Twitter ramai yang pelik dan ‘tak boleh nak brain’ dengan sikap netizen di sana. Bagi mereka sikit pun tak ada imej seksualiti.

“Ingatkan Malaysia je kolot cara berfikir”

Br3 Br4 Br5 Br6 Br7 Br8

Entahlah, tang mana yang lucah pun admin tak tahu.

Baca : “Admin ni masuk air lah” – Iklan Kreatif Jawatan Kosong Di Econsave Buat Netizen Pecah Perut

Iklan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.