Memegang takhta sebagai penyanyi nombor satu negara bukan satu halangan untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu yang ingin melihat gelagat anaknya di sekolah.
Dalam satu video yang tular sekarang, TokTi kongsikan video suasana di sekolah anak sulungnya Siti Aafiyah semasa Hari Kantin.
Artikel berkaitan: “TokTi battle sendiri ke guna PS?” – Dapat ‘Slot’ Rembayung, Pengurus Siti Nurhaliza Jawab Persoalan Netizen
Artikel berkaitan: “Akak ke Tokti yang perform?” – Netizen Teruja Lihat ‘Outfit’ Sitizoners Sempena Konsert Siti Nurhaliza Sabtu Ini
Dalam video tersebut, dilihat anaknya Siti Aafiyah terlibat dalam aktiviti menjual makanan, dan TokTi melawat ke gerai jualan anaknya itu. Dilihat Aafiyah bantu membungkus makanan yang ibunya beli sebelum menghulurkan kupon tunai kepada Aafiyah.
@imsitizoner
Melihat video tersebut, ramai netizen di ruangan komen yang ‘cair’ melihat gelagat anak dan ibu ini, bahkan ada juga yang mula terharu selepas mereka terkenangkan semula detik-detik TokTi yang menantikan 11 tahun untuk menimang cahaya mata.
ikT
Sumber : TikTok
