in

“Admin ni masuk air lah” – Iklan Kreatif Jawatan Kosong Di Econsave Buat Netizen Pecah Perut

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni dah jadi trend bagi jenama-jenama besar untuk selitkan lawak sambil promosikan barangan mereka.


Twitter rasmi pasaraya Econsave pun tak ketinggalan, dorang dah buktikan beberapa kali yang dorang memang sangat kreatif dan kelakar. Bukan setakat iklan dorang je yang kelakar, respon dorang dekat netizen pun memang on point!

Baru-baru ni, syarikat ni sekali lagi umumkan iklan jawatan kosong dorang dengan cara yang sangat kreatif, siap buat teka-teki lagi.

In case korang tak dapat teka apa maksud gambar dekat atas ni, gambar pertama adalah loji dan sebelah tu steak, so bila korang gabungkan dapatlah logistik.

Kreativiti orang yang mengendalikan media sosial Econsave ini mendapat pujian dari netizen. Lagi-lagi bila admin dorang ni pun memang rajin melayan.

Screenshot 2019 07 03 At 12.47.02 Pm Screenshot 2019 07 03 At 12.47.18 Pm   Screenshot 2019 07 03 At 12.50.35 Pm

Kalau korang nak tahu, sebelum ni pun dorang pernah buat iklan jawatan kosong pereka grafik juga tular dan mendapat pujian dari netizen tau.

Bestlah tengok kreativiti Econsave ni. Dah lah kelakar, rajin pulak tu layan reply netizen. Bapak-bapak suka orang yang kelakar macam ni, boleh buat menantu.

 

Baca: “Betul hanattt” – Wanita ‘Bahan’ Gaya Lelaki Ambik Gambar Lepas Main Futsal Buat Netizen Pecah Perut

Screenshot 2019 07 03 At 1.04.42 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.