in

“Canggih wooo” – PKNS Shah Alam Berwajah Baru, Imbau Kembali Kenangan Pelajar U Pernah Melepak Di Sana!

Berwajah Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut pasal Kompleks PKNS, dak-dak UiTM Shah Alam mesti ada banyak kenangan manis di sana kan? Kalau nak shopping baju Anugerah Dekan ke, nak cari barang untuk laptop ke atau nak dating dengan teman istimewa… mesti pergi sana kan!


Tapi tahukah korang, Kompleks PKNS Shah Alam kini sudah berwajah baru! Dah tak ada lagi bangunan tua dengan cat luntur tu. Colourful dah sekarang.

 

Lepas 40 tahun, PKNS kini kembali segar dan selesa! 

Menerusi tweet yang dikongsikan Media Selangor, gambar perbandingan PKNS lama dan baru tersebut menimbulkan reaksi positif di kalangan netizen terutamanya bagi bekas pelajar universiti yang memang dahulunya sinonim dengan kompleks tersebut. Kan Shah Alam ni bandar pelajar U! 

Bangga
sumber: twitter

 

Bukan luar je nampak cantik, dalam pun dah lawa dengan pelbagai kemudahan!

Yang menambahkan teruja admin ialah apabila bahagian dalaman kompleks ini pun sudah alami perubahan yang besar terutamanya bahagian surau yang nampak hipstur dan lebih sejuk mata memandang. Waaaa selesa lah nak solat sini nanti ye! 

Shah Alam 1

D Hgbjsucaalc7P

D Hgbkeucaap3Yk

D Hgblrvuaarsfl
sumber: twitter

Tandas pun dah cantik tau sekarang!

Cantik 3
sumber: twitter

 

“Tempat jatuh lagi dikenang… Inikan pula bumbung Kompleks PKNS” 

Rata-rata netizen yang melihat perubahan ini mengenang kembali memori masing-masing semasa berkunjung ke PKNS lama. Ada yang bekas pelajar UiTM lepak dating dan membeli-belah. Ada jugak bekas pekerja di sana dan macam-macam lagi. Alahai rindunya PKNS! 

Rindu Kenangan
sumber: facebook

Min rasa macam nak melawat PKNS pulak hujung minggu ni. Jom korang! 

Baca: “Tuanku Yang Islamkan Kami Sekampung” – Tok Batin Kongsi Memori Paling Indah Bersama Sultan Kedah

Sultan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.