in

“Tuanku Yang Islamkan Kami Sekampung” – Tok Batin Kongsi Memori Paling Indah Bersama Sultan Kedah

Page 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim memang ditangisi ramai terutamanya mereka yang begitu rapat dan pernah bertemu dengan Almarhum semasa hayatnya. Ramai mengambil peluang berkongsi kisah kehidupan serta sifat peribadi Tuanku, termasuklah cucunya, Raja Sarina Iskandar yang menceritakan keperibadian ‘Tok’ nya yang tidak diketahui ramai.


Begitu juga dilakukan Tok Batin, Razali Kulim yang berkongsi detik paling bersejarah dalam hidupnya iaitu pengislamannya di hadapan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ketika di usia belasan tahun.

Tok Batin 1
sumber: pengguna
Tok Batin 7
sumber: memori

Menurut mStar, 50 keluarga Orang Asli Ken Sieu dari Kampung Lubuk Legong di Baling lalui kenangan terindah apabila memeluk Islam di hadapan Tuanku 30 tahun yang lalu.

Almarhum baginda merupakan individu yang pertama mengislamkan masyarakat Orang Asli di kampung itu sekitar tahun 1986. Tok Batin, Razali Kulim akui pengalaman manis itu memberi kesan yang sangat mendalam dalam hidup mereka, bahkan masih segar di ingatan hingga ke hari ini.

“Bawah khemah sekitar jam 11.30 pagi di kampung inilah, baginda mengislamkan kami termasuk saya yang waktu tu masih belasan tahun.”

Tok Batin 6
sumber: memori
Tok Batin 4
sumber: damia noraini

Bukan itu sahaja, Almarhum Tuanku dikatakan sentiasa mengambil berat tentang permasalahan masyarakat Orang Asli Ken Sieu di kampung itu.

“Baginda melalui pegawai istana atau penghulu mukim selalu bertanya khabar termasuk beri bantuan makanan.”

Paling tidak dapat dilupakannya adalah apabila baginda selalu berpesan agar berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Tok Batin 2
sumber: karya hati
Tok Batin 3
sumber: karya hati

Kampung Lubuk Legong adalah satu-satunya perkampungan asal Orang Asli dari suku Kaum Kensui (kumpulan Negrito) di Semenanjung Malaysia. Kampung itu terletak kira-kira 13 kilometer dari Bandar Baling dan telah dikategorikan sebagai perkampungan pinggir bandar.

Baca: “Walaupun ketika gering, Tok akan menepati masa” – Cucunda Sultan Kedah Kongsi Catatan Menyentuh Hati

Sultan Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.