Seorang pelajar Tingkatan Dua alami kecederaan di lengan selepas dipercayai dicucuk menggunakan senjata kerambit oleh rakan sekelasnya di sebuah sekolah di Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.42 pagi pada 5 Ogos lalu, melibatkan mangsa lelaki berusia 14 tahun serta suspek perempuan.
Menurutnya, suspek telah ditahan dan kemudian diberikan jaminan polis, manakala senjata yang digunakan dipercayai kerambit sepanjang kira-kira 10 sentimeter dirampas.
“Keadaan mangsa ‘okay’, cedera di bahagian lengan, bukan tikam tetapi dicucuk sedikit, tiada kecederaan serius.
“Tangkapan juga dilakukan terhadap suspek dan diberi jaminan polis. Dalam kes ini tiada tujuan dan motif, dipercayai suspek kurang sihat,” katanya.

Artikel berkaitan: Kes T*kam Pelajar Di Bandar Utama, Ini Kronologi Penuh Kejadian Tragis Tersebut
Artikel berkaitan: Tragedi Temb*kan Sekolah Di Bangkok: 7 M*ut Termasuk Suspek, 23 Cedera
Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau objek berbahaya.
Terdahulu, tular hantaran Threads dakwaan memaklumkan berlakunya kes tikaman melibatkan pelajar di sebuah sekolah menengah di sekitar Shah Alam.
Sumber: Sinar Harian
