Khabar mengenai kelahiran cahaya mata sulung Emma Maembong ternyata menjadi perhatian ramai. Ramai netizen terutamanya peminat tidak sabar untuk melihat wajah anak pasangan itu.
Mana taknya, lihat wajah ibu bapanya sahaja ramai dah boleh bayangkan betapa comelnya wajah anak mereka.
“Betul ke baby ni? Comel betul!”
Memuat naik hasil photoshoot putera sulungnya, ramai netizen memberi reaksi seakan-akan tidak percaya dengan rupa paras anak pelakon berusia 28 tahun itu.
Memiliki wajah yang comel gebu dengan matanya yang seakan-akan berwarna kelabu membuatkan ramai peminat membanjiri ruangan komen dengan memuji bayi kecil itu.
https://www.instagram.com/p/CIiIRvZnpgx/
Macam tak percaya kan? Geram betul min tengok...
Dalam perkongsian yang sama, Emma dilihat menyarungkan bayinya itu dengan topi berbulu telinga beruang yang menampakkan lagi kecomelan yang sudah sedia ada.
Walaupun hanya berkongsi 2 keping sahaja gambar cahaya matanya itu, bayi lelaki yang masih ‘dirahsiakan’ nama ini ternyata sudah berjaya memukau hati ramai.
“Cantiknya mata”
Min dah cakap mata anak Emma ni lain macam, tak payah pakai contact lens dah cukup cantik!
Rata-rata peminat turut teruja melihat kecantikan mata anak pelakon itu.
Emma Maembong dan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Februari tahun ini di Bukit Damansara Kuala Lumpur sebelum menimang cahaya mata pada pada awal bulan November lalu.
Min ucapkan tahniah buat Emma dan pasangan, semoga terus berbahgia dengan kelahiran bayi comel ini…