in

[Video] Comel! Bapa Ajar Anak Cara Mandikan Bayi, Tapi ‘Si Oyen’ Yang Terpaksa Jadi Model, Redha Jer!

Redha7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mandikan bayi bukan mudah seperti yang dilihat. Ia memerlukan teknik dan cara khusus kerana struktur badan bayi belum lagi tegap dan kuat.


Seorang lelaki Vietnam yang bakal menimang cucu ini menunjukkan demo cara mandikan bayi kepada anaknya dengan menggunakan kucing mereka.

Apa yang menariknya ialah, kucing tu redha je! Macam patung!

Video tersebut telah dikongsi oleh Vinh Quang Pham di laman facebook dan meraih lebih 41,000 like dan 17,000 share!

Jom ikuti langkah-langkah mandikan bayi dengan betul mengikut ajaran bakal atuk ini.

 

1. Guna satu tangan tahan kepala ‘bayi’ sementara tangan lain bersihkan bahagian yang lain.

Cat Bathe Baby 1

 

2. Untuk bersihkan bahagian kepala pula, letak ‘bayi’ di riba, baluti badannya dengan kain atau tuala supaya baby tak kesejukan.

Cat Bathe Baby 2

 

3. Lalu, tadah air guna tapak tangan dan siram bahagian kepala, seterusnya basahkan tapak tangan untuk lap mukanya.

Cat Bathe Baby 3

Ajarnya, jangan sampai air masuk di telinga ya!

 

4. Akhirnya setelah selesai mandikan, keringkan badan bayi, pakaikan baju dan tidurkan dia.

Cat Bathe Baby 4

 

Haa gitu. Sekarang ni kenapa eh si oyen ni redha sangat? Geram min tengok dia.

Ramai yang kagum dengan kerjasama yang diberikan oleh kucing itu. Diam dan redha sahaja mendengar bebelan tuannya. Tak protes langsung! Mukanya seakan-akan sedang dapat rawatan spa.

 

Ni video full dia.

Ông nội thực hành hướng dẫn tắm cho đậu đậu ?Ps: Diễn viên đóng thế Lạc LạcFollow Lạc Lạc thui các Sen ?https://vt.tiktok.com/ZSVjSQJN/

Posted by Vinh Quang Phạm on Saturday, November 7, 2020

 

Sumber : TheSmartLocalVietnam

 

Baca : [Video] Comel! Gelagat Kucing Oyen Nama Tommy Berebut Pacifier Buat Ramai Geram

Tommy8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.