Satu hantaran tular di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas seorang pengguna berkongsi detik malang apabila lauk pauk yang dibelinya tumpah di atas karpet lantai kereta.
Berdasarkan foto yang dikongsi, kelihatan beberapa bekas makanan terbuka sehingga menyebabkan kuah masak lemak bergelimpangan di bahagian tempat duduk penumpang, bersama beberapa ekor udang bersaiz besar.
Artikel berkaitan: Malaysia Bangkit Isu Sekatan Udang, Siakap Dan Akses Pasaran Dalam Mesyuarat Dengan Thailand
Artikel berkaitan: “Jiwa rasa kosong” – Luahan Sayu Kamal Adli Berdepan Rasa Sunyi Dahsyat Undang Simpati Ramai

“Tak tau nak cakap apa. Dah lah duit makan dah habis 😔,” tulis pengguna berkenaan meluahkan rasa sedih dengan kejadian tersebut.
Perkongsian itu bukan sahaja mendapat simpati ramai, malah turut menarik perhatian pelakon terkenal, Kamal Adli yang tampil memberikan cadangan ‘penyelamat’ di ruangan komen.

“Amik udang tu buang kulit. Boleh makan lagi okayy.. be strong. Pegi kedai tu topup kuah balik je taw,” tulis Kamal Adli memberi semangat.
Pengguna berkenaan kemudiannya membalas komen tersebut dan memaklumkan bahawa udang-udang berkenaan telah pun diselamatkan untuk dimakan bersama mi segera.
Bukan itu sahaja, pelakon Zila Bakarin turut meninggalkan komen mendedahkan beliau pernah mengalami situasi sukar yang sama sehingga terpaksa mengutip dan membasuh semula makanan yang jatuh.

Menjawab komen tersebut, pengguna berkenaan mengakui tidak tergamak membiarkan lauk itu terbuang begitu sahaja.
Rata-rata netizen terkesan dengan perkongsian berkenaan dan mendoakan agar individu tersebut dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan selepas berdepan ujian sedemikian.

Sumber: Threads
