Pelakon jelita, Uqasha Senrose mencuri perhatian ramai di media sosial selepas memuat naik satu hantaran berbaur luahan kecewa di platform Threads, dipercayai ditujukan kepada bekas suaminya, pelakon Kamal Adli.
Menerusi hantaran tersebut, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mempersoalkan tindakan pihak berkenaan yang dilihat masih mengungkit kisah lama ketika mereka menjalani penggambaran bersama sebelum ini.
Artikel berkaitan : “Kamal, kalau kau jantan, lepaskanlah” – Bapa Uqasha Senrose
Artikel berkaitan : “Ini melampau” – Kamal Adli Bengang Netizen Spekulasi Status Anak Kandung Dengan Uqasha
“Allahu… rasanya tak perlu nak cerita masa kejadian masa shooting. Benda dah lepas lama dan saya pun sikit tak sentuh nak buat orang simpati ke apa. Untuk apa? Sudahlah saya dah tak sentuh langsung dah selepas bercerai.”

Tambah pelakon berusia 34 tahun itu lagi, setiap manusia mempunyai fasa kejatuhan masing-masing, namun dia memilih untuk tidak berkongsi perkara tersebut secara terbuka semata-mata untuk meraih simpati orang ramai.
“Ikutkan setiap manusia ada down dia tapi pernah ke saya nak share? Sikit-sikit nak share nak orang kesian ke…? Sudahlah.”
Penat terus dibandingkan & terima kebencian
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut tampil memberikan kata-kata semangat serta menasihati Uqasha agar tidak melayan perkara tersebut dan terus melangkah ke hadapan.
Bagaimanapun, Uqasha membalas komen-komen tersebut dengan meluahkan rasa tertekan apabila namanya terus terpalit setiap kali kisah lama itu dibangkitkan semula.

Dalam masa sama, Uqasha turut bersetuju dengan pandangan seorang netizen yang berpendapat bahawa promosi sesebuah karya baharu sepatutnya memfokuskan kepada kualiti naskhah tersebut, bukannya dengan menghidupkan semula cerita lama yang akhirnya mengundang kecaman terhadap pihak lain.

Terdahulu, ketika ditemui di Malam Gala Takluk 2: OP Daulat, Kamal berkongsi bahawa dia tidak mahu kemelut peribadi mengganggu tanggungjawab kerjanya apabila tetap meneruskan penggambaran di Kuantan, Pahang meskipun emosinya ketika itu masih terkesan akibat perceraian.
Sumber : Threads
