in

“Boleh edit tapi ada limit” – Zizan Razak Tidak Kisah Jadi ‘Meme’, Tapi Tegur Jangan Sampai Langgar Agama

Syaz Ft 2026 07 29T124047.184

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak, tampil bersuara berhubung isu gambar wajahnya yang disunting (edit) hingga tular di platform media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menerusi hantaran di akaun rasminya, Zizan menjelaskan bahawa beliau seorang yang terbuka dengan jenaka, namun menegaskan setiap gurauan perlulah mempunyai batasan.


Artikel berkaitan: “Ingatkan scammer” – Peniaga Terkejut Zizan Razak Masuk Live Beli Semua Kek Lapis Untuk Sumbangan Masjid

Artikel berkaitan: Balas Emoji Love Di Ruangan Komen, Nadia Brian & Zizan Razak Ada Apa-Apa Ke?

“Edit Kelakar Boleh, Tapi Jangan Melanggar Hukum”

Menurut Zizan, beliau tidak menghalang netizen untuk berhibur atau mengubah gambarnya menjadi bahan jenaka, selagi ia dibuat secara berhemah dan tidak menyalahi syariat Islam.

 

View on Threads

 

“Tujuan posting adalah untuk meluahkan dan memberi tahu yang saya ni memang seorang yang sporting dan juga fun, akan tetapi ada tahapnya… biarlah berpada dan tidak melanggar hukum agama Islam,” tulisnya.

Selar Peniaga Ambil Kesempatan

Isu berkenaan menjadi lebih serius apabila terdapat pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan peribadi menggunakan gambar edit tersebut.

Zizan meluahkan rasa kecewa terhadap sikap sesetengah peniaga online yang menggunakan imej beliau untuk tujuan promosi produk tanpa meminta kebenaran mahupun membuat sebarang bayaran (sponsorship).

“Dan ada juga pihak yang mengambil kesempatan bertujuan mempromosikan product masing-masing tanpa meminta izin mahupun bayaran dikenakan dan itu totally haram pada pendapat saya.

So renung-renungkanlah jika ingin berniaga secara halal,” tegasnya.

Teguran terus terang Zizan ini menjadi ingatan mesra buat warga internet serta peniaga agar lebih peka, menghormati hak imej individu, dan mengamalkan etika pemasaran yang berkat.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.