in

“Bukan sakit mental kalau tak pengaruh…” – Tweet Izara Aishah Cetus Perdebatan Netizen?

Izara Aishah 1

Kalau perasan, belakangan ini banyak pula kes yang dikaitkan dengan kesihatan mental. Ada yang memerlukan rawatan pakar tetapi ada juga menggunakan dadah atas alasan untuk mengurangkan sakit yang dihadapi.

Susulan isu yang tengah hangat ketika ini, pelakon Izara Aishah berkongsi satu kenyataan di platform X mengenai pandangannya tentang masalah mental.

Izara dalam hantaran itu berkata, sebarang masalah mental sah jika seseorang itu tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Artikel berkaitan: “Pergi belajar”- Ada Netizen Panggil Izara Aishah ‘Bodoh’ Hanya Sebab Komen Isu Tegur Aurat?

Artikel berkaitan: “Hafidz Roshdi ada bipolar?” – Doktor Dedah 6 Jenis Kemurungan Yang Seksa Emosi & Fizikal

“Any mental disorder is valid when you’re not on ice,” katanya.

Perkongsian hantaran itu telah mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial di platform itu susulan isu yang sedang kecoh beberapa hari ini.

Walaupun ada yang setuju, namun tweet pelakon itu turut mendapat pandangan berbeza segelintir netizen yang menganggap kenyataan terbabit berat sebelah mengenai isu penyakit mental.

Menurut seorang individu, sesetengah pesakit menggunakan dadah sebagai jalan keluar paling singkat terutama kepada mereka yang kekurangan sokongan.

Screenshot 2024 01 12 104031 Screenshot 2024 01 12 104050

Namun, menantu kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menekankan mengenai pengambilan dadah jenis ‘ice’ (crystal methamphetamine) yang memberi kesan lebih buruk.

Pun begitu, netizen menjelaskan ketagihan dadah juga merupakan salah satu masalah gangguan mental.

Apa pula pandangan korang tentang isu ni?

Sumber: X