in

“Pergi belajar”- Ada Netizen Panggil Izara Aishah ‘Bodoh’ Hanya Sebab Komen Isu Tegur Aurat?

Izara Aishah Twit

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon cantik Izara Aishah, seorang pelakon serba boleh yang sudah lama mewarnai industri perfileman tanah air, antara filem yang melonjakkan namanya termasuklah Pilot Cafe dan Sinaran.

Baru-baru ini, Izara ada berkongsi pendapatnya apabila sebuah video di mana seorang suami mempertahankan isterinya ketika ditegur secara tiba-tiba oleh orang lain.

Walaupun apa yang ditulisnya itu ada betulnya, seorang netizen telah yang memanggil Izara ‘bodoh’ hanya kerana cara tegurannya itu.

Twtia

Pun begitu, pelakon cantik manis itu tidak mendiamkan diri selepas digelar begitu, sebaliknya dia berkata, menegur bukanlah satu kesalahan tetapi tidak semua tahu adab atau cara untuk melakukannya dengan betul.

Twtia2

“Tiada sesiapa pun tak boleh menegur. Tidak menutup aurat itu satu dunia tahu salah dan dia pun telah dihina sekali oleh individu seperti anda. Adab menegur tidak ramai tahu. Jadi, pergi belajar.

Jangan malu menjadi bodoh. Bodoh itu tidak akan kekal sekiranya ada rasa sentiasa nak belajar,” tulisnya.

Sebagai info, pelakon itu sebelum ini meninggalkan komen yang memberitahu teguran perlu dilakukan dengan cara yang beradab seperti memaklumkan secara privasi.

Menurutnya, menegur juga perlu dilakukan dengan niat untuk menginsafkan individu lain, bukannya menerusi cara mengaibkan.

Tak baik tau cakap orang bodoh…

Baca: “Comel je!” –  Effort Izara Aishah Dipuji, Sanggup Buat Video Tutorial Shawl Sampai 7 Minit!

Page Izara