in

“Bukan kaleng-kaleng” – Netizen Puji Pak Mat Western Tampilkan Tun M ‘Review’ Kambing Perap

Tun M Review Kambing Perap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah tengok iklan dari Pak Mat Western kan? Kalau sebelum ini, Pak Mat Western selalu tampilkan pelakon atau selebriti yang legend dalam iklan mereka.


Tapi kali ini, Pak Mat Western boleh dikatakan sudah next level kerana menampilkan negarawan dan mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Artikel berkaitan: ‘Scene’ Dengan Tun M Betul-Betul Terjadi, PMX Puas Hati ‘Storyline’ Filem Kisah Dirinya!

Artikel berkaitan: “Ingatkan Mat Kilau remake” – Ramai Kagum Lihat Kualiti Iklan Baju Melayu Lakonan Beto Kusyairy

Tun M bagi review kambing perap 

Menerusi perkongsian di X, Pak Mat Western memuat naik video memaparkan Tun M memberi pandangannya mengenai kambing perap keluaran syarikat itu.

Menurutnya, sos kambing perap Pak Mat Western sedap dan ada ‘rasa’ jika dibandingkan dengan sos daripada makanan western lain yang pernah dirasainya.

Bila kita buat sos yang ada taste, baru orang Asian suka makan. Kalau pun daging itu elok, tapi sos tak elok, tak guna juga. 

“Daging kena lembut. Bahkan jangan kata itu, saya cicah roti dengan sos, pasal sos sedap. Yang ini sos ada taste. Itu yang penting. Ini apa yang anda jual,” katanya.

Tambah Tun M lagi, dia juga mengucapkan tahniah kepada Pak Mat Western kerana sanggup menceburi bidang perniagaan dan melalui segala cabaran dalam mengembangkan bisnes itu di samping membantu 10,000 usahawan lain di bawahnya.

“Team marketing dia betul-betul berada dalam kelas tersendiri lah”

Penampilan Tun M dalam video berkenaan telah mendapat pujian netizen yang mana rata-rata salute dengan team marketing Pak Mat Western tersebut yang berani meminta review daripada seorang bekas perdana menteri.

Marketing

Mantappp Pak Mat Western! Lepas ni mana tahu PMX pula muncul dalam iklannya. 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.