‘Scene’ Dengan Tun M Betul-Betul Terjadi, PMX Puas Hati ‘Storyline’ Filem Kisah Dirinya!

Tambah ke Sumber Pilihan
‘Scene’ Dengan Tun M Betul-Betul Terjadi, PMX Puas Hati ‘Storyline’ Filem Kisah Dirinya!

Semalam, sidang media tayangan perdana filem Anwar: The Untold Story telah diadakan di Dadi Cinemas, Pavillion Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau telah menyifatkan keseluruhan dialog dan penceritaan filem tersebut tidaklah tepat 100 peratus namun, isu dan storyline yang dibawa adalah benar.


Ia bukan satu tugas yang mudah untuk merumuskan kejadian yang menimpanya lebih 20 tahun lalu dalam sebuah filem namun Anwar terharu kerana kisahnya diangkat untuk tontonan umum.

Kl42 08052023 Wayang 3150069 20230508213611Sumber: Portal

“Sebagai orang yang diceritakan, tentunya saya dan Azizah tersentuh. Kisah tentang buah pala memang betul dan bukan direka-reka,” jelasnya.

Anwar turut memuji hasil karya yang dihasilkan dari negara jiran, Indonesia itu yang disifatkan pintar dan hebat kerana mampu meringkaskan penceritaan selama 23 tahun kepada filem berdurasi kira-kira 90 minit itu.

Babak dengan Tun M bukan rekaan

1961950

Pada masa yang sama, PMX juga tidak menafikan babak yang berlaku antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipaparkan menerusi filem ini juga, adalah benar.

“Perbualan itu telah dirumuskan dengan tepat. Walaupun tidak 100% sama tapi konteks yang dibawa adalah benar dan segala tawaran yang diberikan juga adalah benar,” ujar PMX.

Menurut Anwar, beliau telah memberikan kebebasan untuk penggiat seni berkarya tanpa memikirkan tentang isu politik yang dibangkitkan.

Tambahnya, filem tersebut telah pun dijalankan sebelum beliau bergelar Perdana Menteri Malaysia dan proses temu bual bersama individu yang terbabit juga tidak dapat dilakukan secara menyeluruh.

F5Cfffad 08Ec 4448 B113 7B998Cf9F2B8

Dalam pada itu, isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut hadir sewaktu tayangan perdana filem tersebut memberitahu, karya ini sedikit sebanyak dapat menepis persepsi masyarakat yang melabel Anwar sebagai seorang penjenayah.

Anwar The Untold Story mengisahkan tentang jatuh bangun perjuangan Anwar dalam dunia politik terutama melawan rasuah yang mengambil latar masa sekitar tahun 1993 sehingga September 1998.  Filem berkenaan bakal ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia bermula 18 Mei tahun ini.

Sumber : mStar

Baca : “Saya tolak” – Farid Kamil Akui Pernah Disogok Sebanyak RM5 Juta Oleh Ahli Politik

Ft Farid Kamil Movie 728X383 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

‘Scene’ Dengan Tun M Betul-Betul Terjadi, PMX Puas Hati ‘Storyline’ Filem Kisah Dirinya!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/scene-dengan-tun-m-betul-betul-terjadi-pmx-puas-hati-storyline-filem-kisah-dirinya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM