in

“Raut wajah Tun jelas kelihatan sugul” – Dr Zulkifli Sempat Tunaikan Solat Jenazah Ghaib Buat Tun Hasmah Di Masjid Nabawi

Ft Dr Zul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya beberapa patah kata mampu dilafazkan, namun pertemuan itu pastinya meninggalkan kesan yang mendalam. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi detik ketika beliau menziarahi Tun Dr. Mahathir Mohamad di kediamannya sebaik tiba di tanah air lewat petang semalam.

Menurut Zulkifli, pertemuan kali ini terasa cukup berbeza daripada pertemuan mereka sebelum ini. Bukan lagi sekadar pertemuan seperti kebiasaannya, sebaliknya beliau berdepan seorang lelaki yang sedang melalui kehilangan insan paling dekat di hatinya, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah.


Artikel berkaitan : Tun Dr Siti Hasmah Dikebumikan Dengan Istiadat Pembesar Negara – PM Anwar Ibrahim

Artikel berkaitan : “Dia rasa sangat keseorangan” – Marina Kongsi Keadaan Tun Mahathir Selepas Pemergian Isteri Tercinta

Lebih meruntun hati, Tun Dr. Mahathir ketika itu berada di atas kerusi roda dengan raut wajah yang jelas kelihatan sugul. Dr. Zulkifli kemudian menghampiri beliau dan bersalaman sebelum membisikkan beberapa patah kata serta nasihat kecil.

“Saya bisikkan beberapa patah kata dan nasihat kecil, umpama seorang anak yang sedang cuba memujuk dan menguatkan hati seorang bapa yang sedang diuji dengan kehilangan.”

829696212 1670621187758384 6493609231153200917 N

Dalam perkongsian sama di Facebook miliknya, Dr. Zulkifli turut memohon maaf kerana tidak dapat hadir ketika urusan jenazah Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah.

“Saya turut memohon maaf kerana tidak dapat hadir ketika urusan jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah. Namun, saya bersyukur kerana Allah memberikan kesempatan untuk saya bersama sahabat-sahabat menunaikan solat jenazah ghaib di Masjid Nabawi.”

Selepas solat Maghrib, beliau turut membaca Surah Yasin dan tahlil sebelum diminta memimpin bacaan doa khusus buat Allahyarhamah Tun Hasmah Mohd Ali.

829272003 1670621181091718 3818782863800790754 N

“Begitulah kehidupan. Ada pertemuan yang meninggalkan kenangan, ada perpisahan yang tidak pernah kita pinta. Namun, pada akhirnya, setiap perjalanan akan sampai kepada penghujungnya, dan kita semua akan kembali kepada-Nya.”

Berkenaan dengan khabar berita Tun Mahathir yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi, Dr. Zulkifli memaklumkan bahawa keadaan Tun Dr. Mahathir masih stabil.

825293095 1670621114425058 5255310577215731562 N

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada Tun dalam menghadapi saat-saat yang penuh ujian ini.”

Beliau turut memohon agar Allah SWT melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.