in

“Ingatkan Mat Kilau remake” – Ramai Kagum Lihat Kualiti Iklan Baju Melayu Lakonan Beto Kusyairy

Beto Iklan Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, iklan-iklan tempatan sekarang ini menghasilkan kualiti suntingan menarik dan adakalanya sehingga mampu berjaya menjentik emosi penonton.

Jenama pakaian baju Melayu, Bulan Bintang sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas pengasasnya berkongsi iklan pendek mereka di media sosial baru-baru ini.


Persis filem sebenar, video promosi itu memaparkan aksi pelakon terkenal tanah air, Beto Kusyairy dengan gaya persilatannya yang cukup mengagumkan.

Bukan itu sahaja, sinematografi iklan tersebut turut mendapat pujian yang mana rata-ratanya mendakwa ia lebih baik daripada filem fenomena, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Menurut pengasasnya, Azzim Zahid Azmi, video terbabit dihasilkan sempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga yang menampilkan Beto sebagai duta.

Azzim juga mengakui idea video iklan tersebut diambil inspirasi daripada filem Mat Kilau itu sendiri ketika sedang bergurau bersama rakan.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan pernah ditolak oleh Beto kerana kekangan bajet empat tahun lalu.

“Sekarang impian kami untuk bekerjasama dengan pelakon hebat itu menjadi kenyataan,” katanya.

Video yang dimuat naik di laman Twitter itu telah mendapat lebih 500,000 capaian serta lebih 130,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.

https://www.instagram.com/p/Cqanx9wS31F/?utm_source=ig_web_copy_link

Rata-rata yang melihat video iklan terbabit memberikan respon positif dengan memuji pasukan jenama itu sangat bijak membuat kelainan dengan membawakan idea marketing yang fresh sehingga berjaya menarik perhatian orang ramai.

Screenshot 2023 03 31 175124

Sebelum ini, Bulan Bintang pernah tular dengan acara pertunjukan fesyen baju raya mereka di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur dengan 350 biji dron.

Baca: “Nampak style lah!” – Segak Berbaju Melayu & Bersamping, Pemuda Thailand Raih Perhatian Netizen
Thai Baju Melayu

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.