in

Budak Perempuan 4 Tahun Dicabul 8 Pekerja Vietnam, Masukkan ‘Sampah’ Dalam Kemaluan Mangsa

Ing 17215 09227New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gejala cabul di kalangan kanak-kanak bawah umur makin menjadi-jadi. Terbaru hari ini, terbongkar lagi satu kisah malang apabila seorang budak perempuan dikatakan telah menjadi mangsa cabul pekerja warga asing.


Semuanya bermula apabila kanak-kanak berusia empat tahun itu mengadu sakit pada bahagian kemaluannya ketika membuang air kecil tengah malam semalam, lapor Harian Metro.

Kanak Kanak Berusia 6 Tahun Dicabul Dalam Kereta Putih
gambar hiasan

Ia bertambah mengejutkan apabila anak kecil tersebut memberitahu ibunya yang berusia 33 tahun bahawa pekerja-pekerja bapanya telah memasukkan ‘sampah’ ke dalam kemaluannya. Biar betul??

Susulan dari pengakuan anaknya, ibu mangsa telah membuat laporan di balai polis daerah Padawan yang membawa kepada penangkapan lapan orang pekerja Vietnam dua jam kemudian di Kuching, Sarawak.

Tangkap Vietnam
sumber: nst

Menurut ibu bapa mangsa, anak mereka dipercayai telah dicabul ketika mereka meninggalkan budak perempuan tersebut di bawah penjagaan pekerja-pekerja Vietnam semalam. Lelaki-lelaki tersebut dan anak perempuannya tinggal di rumah nenek mangsa di Matang semasa pasangan suami isteri berkenaan keluar untuk memperbaharui visa pekerja mereka.

Ibu mangsa juga mendakwa dia ada melihat anaknya bermain dengan beberapa orang lelaki tersebut sekitar jam 7 petang. Walau bagaimanapun, dia tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah malam semalam.

Anak Bapa
gambar hiasan

Menurut siasatan polis, pasangan suami isteri tersebut telah tinggal bersama nenek mangsa semenjak mereka pulang dari Vietnam untuk menceburi perniagaan industri laut dalam.

Mereka kemudian telah mengambil lelaki warga Vietnam tersebut bekerja pada tiga minggu lalu dan mereka ini telah tinggal bersamanya di kediaman yang sama buat sementara waktu.

Suspek yang berusia di antara 19 hingga 47 tahun kini direman di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Manakala mangsa pula dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut namun sebarang keputusan belum diperoleh setakat ini. Mangsa juga dilaporkan masih belum dapat mengenal pasti suspek yang didakwa telah memasukkan ‘sesuatu’ ke dalam kemaluannya.

Semoga mangsa cepat sembuh dan suspek yang bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk itu dihukum dengan secepatnya. 

Baca: Kanak-kanak 7 Tahun Dicabul Datuk Berusia 53 Tahun dan Bapa Saudara Sejak Mei Lalu

Cabul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.