in

Kanak-kanak 7 Tahun Dicabul Datuk Berusia 53 Tahun dan Bapa Saudara Sejak Mei Lalu

Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada yang lebih memalukan daripada bapa dan anak lelaki ditangkap kerana sama-sama melakukan perbuatan tidak senonoh kepada kanak-kanak yang juga merupakan ahli keluarga sendiri!


Itulah yang terjadi kepada dua beranak ini yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sibu kerana melakukan perkara terkutuk antara Mei hingga Ogos lalu di sebuah rumah panjang di Sungai Durin.

Menurut Berita Harian, warga emas berusia 53 tahun dan anaknya yang berusia 25 tahun itu didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak itu yang berusia 7 tahun. 

Bapa Anak Cabul
sumber: berita harian

Fakta pertuduhan mengatakan datuk serta bapa saudara mangsa sama-sama didakwa atas empat pertuduhan menyentuh kemaluan mangsa dengan tujuan seksual pada Mei, Jun, Julai dan Ogos tahun ini di sebuah bilik rumah panjang tersebut.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 14 dan 16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bukan itu sahaja, bapa saudara mangsa turut didakwa atas kesalahan menunjukkan video lucah kepada kanak-kanak itu. Teruk betul perangai kau!

Porn
gambar hiasan

Disebabkan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(e) dan 16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Kesalahan mengikut Seksyen 16 akta sama memperuntuk hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan sekurang-kurangnya dua kali sebatan.

Mahkamah menetapkan kes akan disebut semula esok (20 September 2017).

Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang? Kepada semua ibu bapa tolonglah didik anak untuk tidak mengunci mulut jika menjadi mangsa cabul.

Baca: Dua Beradik Lakukan Seks Kerana Terbiasa Menjadi Mangsa Cabul Abang Tiri dan Kawan Bapa

Page 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.