“Buat adikku, Fatima” – Puteri Balqis Tulis Puisi ‘Broken Child’, Ini Respon Fazura

Tambah ke Sumber Pilihan
“Buat adikku, Fatima” – Puteri Balqis Tulis Puisi ‘Broken Child’, Ini Respon Fazura

Pelakon Puteri Balqis menulis satu puisi yang ditujukan khas buat anak kepada pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin yang baru sahaja bercerai minggu lepas.

Puisi yang berjudul “Buat adikku, Fatima” itu berkisar tentang pandangan daripada ‘seorang anak kepada seorang anak’ besertakan kata-kata semangat buat Fatima untuk lebih kuat dan cekal. Malah dia memberi ingatan dan nasihat agar hargai kedua-dua ibu bapa biarpun sudah berpisah.


Artikel berkaitan : “Pengemis, budak flat!” – Muak Kena Hina, Puteri Balqis Padam Ratusan Komen Negatif Setiap Hari

Artikel berkaitan : “Biasalah tengah viral” -Puteri Balqis Digugurkan Dari Drama 14 Episod

Malah, puisi tersebut dilihat memberi satu pesanan tentang ‘kekejaman’ netizen yang mengeluarkan kata-kata pedih tanpa mengetahui situasi sebenar. Bahkan, Puteri Balqis menyatakan bahawa dia yakin Fatima mampu membezakan antara baik dan buruk apabila dia membesar.

Screenshot 2024 10 14 154033

“Masa akan tiba untuk kau lebih bijak berfikir, dalam membuat keputusan. Dengarlah luahan mereka, jadilah pengubat derita mereka. Aku pasti tiada ego di hati mereka untuk memohon maaf padamu, kerana kau permata, yang dikasihi, dijaga dengan cukup sempurna.”

Puteri Balqis juga turut memberikan pesanan buat Fatima supaya sentiasa menjadi pengubat derita ibu bapanya. Pelakon berusia 17 tahun itu juga mengatakan bahawa biarpun ibu bapa Fatima bercerai, dia sebenarnya masih beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang penyayang berbanding dengan anak-anak broken child yang lain.

Screenshot 2024 10 14 154111

“Terlalu jauh jika ingin dibandingkan derita kehidupan ‘broken child’ yang sebenar. Anak-anak sepertimu masih beruntung berbanding anak-anak seperti kami.
Maka bergembiralah wahai anak kecil. Jangan kau bersedih dengan pandangan manusia lain. Kau berhak bahagia.

“Kita menderita kerana cinta. Maka belajarlah dari pengalaman insan yang benar-benar mengasihimu, bukan dari musuh dalam selimut yang cuma ada di waktu kau punya segalanya.” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Dalam masa yang sama, Puteri Balqis turut memberikan penghargaan buat Fazura dan Fattah Amin kerana menjaga Fatima dengan baik. Puisi ini telah menjadi tumpuan orang ramai termasuklah Fazura sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, Fazura mengucapkan terima kasih kepada Puteri Balqis atas kata-kata puitis yang disampaikan itu, sebagai ibu, Fazura terima pesanannya dengan hati terbuka dan mendoakan agar Puteri Balqis juga kuat .

Screenshot 2024 10 14 153424

Semoga adik Fatima bila membesar nanti dapat baca dan fahami isi hati daripada Puteri Balqis  ini.

Sumber : Instagram

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Buat adikku, Fatima” – Puteri Balqis Tulis Puisi ‘Broken Child’, Ini Respon Fazura
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/buat-adikku-fatima-puteri-balqis-tulis-puisi-broken-child-ini-respon-fazura-2/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM