in

“Biasalah tengah viral” – Puteri Balqis Digugurkan Dari Drama 14 Episod

Ft Aqish Kena Buang Dari Drama Tv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada Puteri Balqis (Aqish), Norashikin Mohd Aziz beru-baru ini kongsikan nasib malang yang menimpa kepada mereka dua beranak dimana nama Aqish talah digugurkan daripada penggambaran drama untuk sebuah siaran televisyen.


Ianya berikutan dengan pendedahan kes cabul ke atas Aqish yang tular baru-baru ini. Disebabkan itu, Ashikin menzahirkan rasa bimbang terhadap masa depan kerjaya seni anaknya itu.

“Sedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral. Saya juga bimbang jualan buku juga akan perlahan.”

Dalam pada itu, Ashikin menerusi Boom! menyatakan bahawa dia juga bimbang dengan pendapatan jualan buku hasil nukilan Aqish terjejas.

283946000 571725880982989 8862074768587652450 N

Bagaimanapun, Ashikin menyatakan bahawa dia percaya dengan rezeki yang diatur Allah.

“Saya risau, tetapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan amat membantu. Itu sudah memadai untuk saya terus kuat.”

Untuk rekod, Aqish menjadi tumpuan netizen berikutan dengan pendedahan pernah dicabul oleh bapa kandung sediri.

Pelakon berusia 15 tahun itu juga telah membuat laporan polis Isnin lalu. Namun begitu, bapanya turut melakukan tindakan yang sama untuk menafikan dakwaan tersebut.

Baca : Puteri Balqis & Ibu Disyaki Menghidap PTSD Selepas Berjumpa Psikiatri?

Gvc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.