in

“Bila Nora cakap nk makan McD hari2? Are u crazy?”- Dihina Obes, Ex-Client Dedah Perangai Sebenar Doula Kontroversi Guna Agama Buat Duit.

Feat 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini isu Doula semakin hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi selepas seorang individu yang menggelar dirinya sebagai Doula berani tampil dalam rancangan bual bicara dan berbahas dengan seorang doktor mengenai isu tersebut.


Keadaan menjadi semakin panas bila para Doula ini semakin galak mendakwa kononnya bersalin di rumah bersama Doula adalah lebih selamat berbanding di hospital.

196324

Terpanggil dengan isu tersebut, seorang bekas client Doula itu tampil mendedahkan perangai sebenar Doula yang kontroversi baru-baru ini.

Memetik mStar, wanita tersebut yang dikenali sebagai Noor Inora Putri Noorzainy berkata kenyataan Doula tersebut iaitu Hayati Muzaffar atau mesra dipanggil Kak Yat nyata bercanggah dengan apa yang dialaminya sebelum ini selain kenyataan tersebut juga mengelirukan.

“Kalau dia cakap percuma bagi saya itu tak betul..dia tak patut tipulah. Saya tak pasti jika dia buat percuma baru-baru ini, tapi masa saya mengandungkan anak pertama empat tahun lalu kami dikenakan bayaran untuk mengikuti kelasnya”

“Orang keliru sebab ada DM saya kenapa caj sampai beribu. Mereka tak percaya tapi sebenarnya kalau kelas yang ramai-ramai pun dah caj RM500. Saya beritahu, kami pilih kelas peribadi, suruh dia (Kak Yat) datang rumah. Jadi kami bayar hampir RM2000”.

52670795 10155791935432364 5126311400720826368 N
Sumber : facebook

Namun Nora berkata, dia merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena sewaktu kelas bersama Doula tersebut, dia dia dan suami sepakat untuk tidak meneruskan kelas.

“Saya dan suami sebenarnya nak belajar teknik bersalin tanpa sakit (hypnobirthing) lebih kepada meneran, teknik bernafas semasa nak bersalin. Bukannya nak ambil Doula”.

“Masa kelas pertama, dia tak ajar pun teknik bernafas tapi cara hendak bersalin. Jadi kami rasa pelik dan tidak selesa”

“Pada masa sama dia juga tunjuk video adik dia bersalin dekat rumah. Kami tengok video tu pun takut. Bila dia balik, saya terus cakap kat suami Ya Allah apa kita belajar ni, dari situ saya tak teruuskan kelas dengan dia dah.”

Tak cukup dengan itu, Doula tersebut juga pernah menghina bentuk fizikalnya dengan menggelarnya obes, siap kata Nora nak makan McD hari-hari.

Paling best, Doula tersebut mainkan sentimen agama lagi untuk mendapatkan perhatian daripada para ibu-ibu yang mengandung ni.

Status Yatt Di Fb Kata Pasal Nora
Sumber : instagram nora

Main Nama Allah

So bertitik tolak daripada status diatas, Nora pun mendedahkan perkara sebenar berkaitan Doula kontroversi tersebut.

Malah pendedahan Nora mengejutkan banyak pihak sebab ia jelas berbeza dengan apa yang dimaklumkan atau diceritakan Doula terbabit..eh, bukan Doula tu sangat membantu ke?

Nora 1
Sumber : instagram nora

Nora 2

Nora 3

Nora 4

Apa yang dikongsikan Nora di insta story miliknya ini rata-rata mendapat reaksi positif daripada pengikutnya di laman media sosial.

Malah ada antara mereka yang berkongsi pengalaman serupa sewaktu menggunakan khidmat Doula ketika ingin bersalin.

Mangsa 1
Sumber : insta story nora

Mangsa 2

So lepas ini korang buat pilihan dengan bijak sama ada ingin mendapatkan perkhidmatan dari Doula atau sebaliknya, buat research dengan teliti tak nak nanti menyesal di kemudian hari.

Baca : Meh sini aku nak hiris perut laki dia Doktor Kenot Brain Perangai Pesakit, Tak Mahu Pakai Ubat Bius Untuk Operation Bersalin

Huaha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.