in

“Meh sini aku nak hiris perut laki dia” – Doktor ‘Kenot Brain’ Perangai Pesakit, Tak Mahu Pakai Ubat Bius Untuk Operation Bersalin

No Bius

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin rasa dunia sekarang ni makin pelik-peliklah. Tak cukup dengan geng anti vaksin, dakyah flat earth dan bersalin guna khidmat doula, ini ada pulak trend terbaru.

Baru-baru ni, seorang doktor berkongsi status seorang doktor lain yang menceritakan pengalaman mereka semasa merawat seorang wanita bersalin. Menurut perkongsian Facebook tersebut, si ibu hamil dan suaminya tolak untuk ambil ubat bius. Laa pasal apa pulak ni?


 

“Sekarang ada dah mula nak buat operation (surgery) tapi tak nak ubat bius” 

Makin pelik bin ajaib pulak perangai pesakit zaman sekarang ni kan? Menurut Abdul Jabbar, dia dah makin tak boleh ‘brain’ dengan sikap suami atau isteri yang menolak penggunaan ubat bius ni. Si suami kalau suruh sunat mesti confirm mintak ubat bius kulit kan?? Gila nak potong hidup-hidup! 

Speechless
sumber: facebook

 

“Dahlah kandungan pertama. Tak pernah rasa sakit bersalin macam mana. Tapi pandai cakap macam dah bersalin 10 orang”

Ini pula kisah daripada doktor di wad bersalin. Menurutnya, seorang perempuan datang wad bersalin sebab nak melahirkan bayi tapi bila doktor explain yang dia perlu buat pembedahan, tetiba suami isteri ni menolak ambil ubat bius. Kalau belah perut tu, boleh ke tahan sakitnya? Ish macam-macam! 

52501616 10157166237869430 4266836278118449152 N
sumber: facebook

 

“Tolong potong perut suami dia tu dulu” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ni memang geram gila dengan sikap kedua suami isteri ni. Ada jugak yang menganggap pasangan ni dah tak masuk akal agaknya ingin operate atau belah perut tanpa guna bius. Sedangkan jari terhiris pisau pun sakit kan?

Mampos
sumber: facebook

Macam ni punya orang pun ada ke? Tepuk kepala baca! 

Baca: “Kalau saya UKM, saya tarik balik sijil perubatan beliau” – Dr Rafidah Kritik Penjelasan Doktor Locum Yang Anti-Vaksin

Vaks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.