“Betullah jodoh dan ajal di tangan tuhan”- [VIDEO] Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Beberapa Minit Sebelum Majlis

“Betullah jodoh dan ajal di tangan tuhan”- [VIDEO] Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Beberapa Minit Sebelum Majlis

 
 
00:00 /
 
1X

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah! Maka jadilah ia.”
Al Baqarah:117

 

Siapa kita nak lawan kuasa Allah swt, Yang Maha Esa menciptakan langit dan bumi dengan kekuasaan-NYA. Begitu juga soal jodoh dan ajal yang juga mengikut ketentuan-NYa.

Seperti kisah yang berlaku kepada pasangan pengantin ini dalam kejadian di Sao Paolo, Brazil pada Ahad lalu.

 

Mengadu sakit leher dan pening kepala, rupanya menghidap preeclampsia

Menyedihkan apabila seorang pengantin perempuan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk bertemu bakal suaminya di majlis perkahwinan mereka.

Sumber: dailymail

Jessica Guedes, 30 tahun yang sedang mengandung 6 bulan kelihatan sihat sebelum dia mengadu sakit kepala dan leher ketika dalam perjalanan ke gereja di Sao Paolo sebelum wanita itu pengsan.

Pada awalnya ahli keluarga Jessica menyangka yang wanita itu sakit kerana bimbang mengenai majlis yang bakal berlangsung dalam beberapa minit, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, lapor dailymail.

Rupa-rupannya Jessica mengalami preeclampsia ataupun dikenali sebagai gangguan semasa kehamilan.

 

Majlis perkahwinan kecoh, pengantin perempuan pengsan!

Tunang Jessica, Leftenan Flavio Goncalvez, 31 yang merupakan seorang ahli bomba pada masa kejadian pelik kerana tunangnya itu belum sampai sedangkan majlis sepatutnya sudah berlangsung.

Flavio dan Jessica / Sumber: dailymail

Malah dia pada awalnya juga clueless dengan apa yang berlaku.

Namun keadaan mula kecoh selepas kereta pengantin perempuan sampai, dan ahli keluarga terus mendapatkan Flavio bagi meminta bantuannya kerana Jessica pengsan di dalam kenderaan tersebut.

“Saya risau sebab dia lambat sampai. Tak lama lepas tu sepupu dia berlari kepada saya dan maklumkan Jessica pengsan.”

“Saya buka pintu kereta dan nampak Jessica terbaring namun dia sedar ketika saya bercakap dengannya”.

Flavio berkata, Jessica memaklumkan yang dia okay, cuma rasa sakit di belakang leher, sebelum dia kemudiannya bawa Jessica keluar dari Limosin, beri bantuan kecemasan dan mendapatkan pertolongan kawan-kawannya yang lain.

Jessica kemudiannya dibawa ke Hospital Bersalin Sao Paolo sebelum dia dipindahkan ke hospital pakar lain kerana kes yang rumit.

Menurut laporan perubatan, wanita itu mengalami strok dan disebabkan preeclampsia dan pendarahan dalaman, dia terpaksa dibedah bagi membuang uterus.

Disebabkan kes yang agak teruk, pasukan perubatan terpaksa melakukan c-section bagi menyelamatkan bayi berusia 29 minggu dan ibu muda tersebut.

Sumber: dailymail

Namun Jessica gagal diselamatkan selepas pembedahan tersebut apabila dia disahkan mati otak.

Manakala bayi perempuan yang lahir itu diletakkan di NICU selama sekurang-kurangnya 2 bulan kerana tidak cukup bulan dan mempunyai berat 930 gram sahaja.

Beberapa jam selepas Jessica disahkan meninggal dunia, Flavio kelihatan sugul namun dia terpaksa menerima hakikat kehilangan wanita yang dicintainya itu namun digantikan dengan seorang baby comel.

Kat bawah ni video pengantin perempuan sebelum ke majlis perkahwinannya.

 

Betullah kata pujangga, Allah datangkan hujan bukan sebab nak menyusahkan kita tapi sebab nak hadiahkan kita dengan pelangi yang indah.

Baca :Suami uzur kanser usus, anak pula OKU Kisah Sedih Kegigihan Pemandu Grab Wanita Warga Emas Ini Buat Netizen Terkedu

 

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.