Penerbangan Terjejas, Airbus Panggil Semula 6,000 Pesawat Susulan Masalah Perisian

Tambah ke Sumber Pilihan
Penerbangan Terjejas, Airbus Panggil Semula 6,000 Pesawat Susulan Masalah Perisian

Syarikat penerbangan di seluruh dunia kini berdepan gangguan operasi selepas Airbus mengarahkan pemeriksaan keselamatan terhadap pesawat A320 susulan pengesanan kerosakan pada sistem kawalan penerbangan.

Arahan itu melibatkan kira-kira 6,000 pesawat, dengan kerosakan dipercayai berpunca daripada pendedahan terhadap sinaran matahari yang kuat.


Screenshot 2025 11 30 At 10.28.34 Am

Beberapa syarikat penerbangan utama telah mengambil langkah drastik, termasuk Air France yang membatalkan 35 penerbangan, manakala Avianca memaklumkan bahawa 70 peratus pesawat dalam operasinya terjejas akibat pemeriksaan keselamatan berkenaan.

Gangguan operasi ini dijangka terus berlaku sehingga kerja naik taraf selesai dilaksanakan.

Airbus mengeluarkan amaran tersebut susulan insiden yang melibatkan JetBlue pada Oktober lalu apabila sebuah A320 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Tampa, Florida akibat masalah komputer penerbangan.

Berikutan itu, Airbus menggesa semua pengendali pesawat A320 melaksanakan semakan segera bagi mengelakkan risiko keselamatan.

Artikel berkaitan: Pesawat Pejuang Tejas India Terhempas Ketika Pertunjukan Udara Di Dubai Airshow

Artikel berkaitan: 2 Pesawat Tentera Laut AS Terhempas Di Laut China Selatan

Screenshot 2025 11 30 At 10.29.08 Am

Menurut Airbus, kebanyakan pesawat hanya memerlukan beberapa jam untuk melengkapkan kerja naik taraf, namun sekitar 1,000 pesawat dijangka memerlukan tempoh lebih lama — sehingga beberapa minggu — untuk menyelesaikan proses tersebut.

Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) turut mengesahkan dimaklumkan mengenai isu berkenaan dan memberi amaran bahawa gangguan jangka pendek terhadap jadual penerbangan tidak dapat dielakkan demi keselamatan.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat aeroangkasa Thales menegaskan bahawa komputer kawalan penerbangannya memenuhi piawaian Airbus dan menjelaskan bahawa fungsi perisian yang menjadi punca isu bukan di bawah tanggungjawab mereka.

Sementara itu, American Airlines telah memulakan kerja naik taraf perisian pada 340 pesawatnya, manakala United Airlines mengesahkan tidak terkesan dengan masalah tersebut.

Sumber: Berita RTM

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Penerbangan Terjejas, Airbus Panggil Semula 6,000 Pesawat Susulan Masalah Perisian
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/penerbangan-terjejas-airbus-panggil-semula-6000-pesawat-susulan-masalah-perisian/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM