Seorang lelaki di Stockport, United Kingdom nekad membuat laporan polis selepas hilang sabar dengan perangai jirannya yang kerap kentut dan sendawa dengan kuat.
Lelaki tersebut juga telah melaporkan perbuatan jirannya itu kepada pihak polis selepas berbulan-bulan rasa terganggu dengan kelakuan tersebut.
Jirannya didakwa akan kentut dan sendawa dengan kuat secara berterusan sehingga boleh didengari menerusi dinding bersebelahan mereka.
Memetik laporan Mirror UK, perbuatan jirannya itu tidak terhenti di situ, malah jiran tersebut juga dipercayai sering menyekat pintu dan menghalakan lampu suluh ke arah muka mangsa setiap kali mereka bersemuka.
Selain itu, jirannya juga terus mengugut mangsa beberapa kali dengan mengatakan bahawa dia akan membakar rumahnya dan meletakkan kepalanya di lantai.
“Saya tidak boleh terus hidup seperti ini. Semuanya sudah melampau dan kesihatan mental saya berada di tahap yang parah”
Selepas membuat laporan polis, kes itu kemudiannya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Stockport. Makamah juga telah menjatuhkan hukuman penjara selama 24 minggu yang ditangguhkan selama 12 bulan terhadap jirannya itu.
Tertuduh juga dilaporkan mempunyai 19 kesalahan lampau dalam rekodnya yang majoriti melibatkan pelanggaran perintah sekatan terhadap bekas pasangannya.
Baca: Buat Video Kentut Di Mikrofon Dalam Kapal TLDM, Content Creator Dikecam Netizen