in

Bebola Mata Pelayan KTV Tersembul Keluar Selepas Rakan Tendang Wajahnya Ketika Bertengkar

Buta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa nak jadi dengan wanita zaman sekarang? Asal bergaduh je mesti nak bertumbuk dan bertendang sehingga cedera.


Menurut The Straits Times, seorang pelayan wanita dilaporkan buta selepas bebola matanya terkeluar dari soket mata akibat daripada pertengkaran dengan rakan sekerja di kelab KTV, Jalan Sultan, Singapura.

Mangsa, Nur Lena Rahmat, 30, dan rakan sekerjanya, Siti Zahara Afifi Abdul Karim, 28, masing-masing merupakan pelayan sambilan di Club One KTV Boutique. Mereka berdua difahamkan tidak mempunyai hubungan baik sebelum insiden tersebut berlaku pada 8 Oktober 2015.

Img 7743
sumber: twitter

Ketika perbicaraan di mahkamah, ia dedahkan bahawa pergaduhan Siti Zahara dan Nur Lena bermula apabila adik perempuan Siti Zahara telah menjalinkan hubungan dengan rakan Nur Lena.

Walau bagaimanapun, pasangan tersebut putus cinta dan rakan mangsa masih mahu meneruskan bayaran pemasangan braces buat adik Siti Zahara meskipun hubungan mereka sudah berakhir.

Tidak bersetuju dengan tindakan sahabatnya itu, Nur Lena telah menghasut bekas kekasih adik Siti Zahara untuk menghentikan bayaran tersebut. Akibat hasutan itu, Siti Zahara dan mangsa bertengkar kerana dia tidak mahu wanita tersebut mencampuri urusan adiknya.

Bertengkar Dengan Teman Kos Gadis Ini Balas Dendam Pakai Makanan Yang Dicampur
gambar hiasan

Pada jam kira-kira 3.20 pagi, mangsa dan Siti Zahara bertengkar sehingga masing-masing terlibat dalam pergelutan. Kedua-duanya dikatakan jatuh ke atas lantai, dalam pada dua orang saksi yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan.

Siti Zahara yang memakai stileto dengan panjang tumitnya kira-kira 14.5cm itu dengan tidak sengaja menendang ke arah muka mangsa berkali-kali.

A Woman Putting On A Pair Of Heels
gambar hiasan

Menurut Nur Lena, tumit stileto tersebut telah mengenai pelepuk matanya sebanyak dua kali sebelum ia menembusi biji matanya hingga menyebabkan bebola mata tersebut tersembul keluar. Aduhaiii! 

Dalam kesakitan Nur Lena menjerit, “Aku tak nampak, aku tak nampak.” 

Ekoran dari kecederaan itu, mangsa telah dibawa ke Tan Tock Seng Hospital untuk rawatan dan pembedahan. Bebola mata kirinya dikeluarkan dan ia digantikan dengan bebola implan.

Mata sebelah kiri Nur Lena buta kekal dan mata sebelah kanannya pula hanya boleh melihat pada bahagian hidung dari keluasan visualnya.

Kisah Seorang Gadis Buta Dan Kekasihnya Yang Di Tinggal
gambar hiasan

Pada 3 Oktober 2017, Siti Zahara telah didakwa atas kesalahan menyebabkan kecederaan serius pada Nur Lena dengan melakukan tindakan terburu-buru yang membahayakan keselamatan orang lain.

Suspek bakal dikenakan hukuman penjara maksimum empat tahun dan denda sebanyak $10,000 bersamaan dengan RM31,053.

Sikit-sikit bergaduh. Cuba hadapi masalah dengan tenang dan bersabar. 

Baca: Wanita Diterajang Selepas Pertengkaran Akibat Kemalangan Kecil di KTM Ipoh

Terajang Ktm Ipoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.