in

Wanita Diterajang Selepas Pertengkaran Akibat Kemalangan Kecil di KTM Ipoh

Terajang Ktm Ipoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Diterajang Selepas Pertengkaran Akibat Kemalangan Kecil di KTM Ipoh
Loading
/

Cepat betul orang zaman sekarang naik angin ya. Kalau dulu, seorang wanita sampai baling kasut akibat bergaduh berebut parkir di pasar malam. Kali ini muncul pula isu baru apabila seorang wanita diterajang hanya kerana tidak sengaja terkemikkan pintu kereta. Ish, ish, ish…


Menurut Astro Awani, suasana di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh bertukar kecoh apabila seorang wanita bertindak ganas dengan menendang seorang wanita lain pada petang Isnin lepas.

Kekecohan itu bermula apabila seorang wanita tidak berpuas hati dengan keadaan keretanya yang dikemikkan oleh seorang wanita lain yang kemudian mencetuskan pertelingkahan di antara mereka.

Orang awam yang berada di tempat berkenaan telah merakam sebuah video yang berdurasi 41 saat menunjukkan aksi wanita tersebut menjerit dan menyepak seorang wanita lain hingga jatuh terduduk ke jalan tar. Aduhai…

Capture 20171004 103615
sumber: astro awani
Terajang 2
sumber: astro awani

Daripada rakaman itu, dapat didengari butir bicara wanita berkenaan yang menyebut,

“Kalau nak panggil polis panggilah, saya tak kenal dia.” 

Amboi beraninya akak ni! 

Terajang 1
sumber: astro awani

Wanita yang juga pemilik kenderaan yang kemik itu dilihat menjerit-jerit dan tidak teragak-agak untuk menyerang dan menggunakan kekerasan fizikal terhadap mangsa.

Rakaman tersebut rata-rata mendapat komen negatif dari netizen yang berpendapat kelakuan wanita tersebut sebagai keterlaluan dan menjatuhkan maruah seorang wanita.

Komen Terajang
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada berita mengenai laporan polis dibuat mengenai pergaduhan dua wanita tersebut.

Jaga maruah sebagai wanita. Tak elok dilihat berkasar macam tu. Apapun masalahnya, eloklah berbincang baik-baik. 

Baca: Akibat Berebut Parkir Di Bazar Ramadan Langkawi, Wanita Berang Hingga Bersikap Kurang Ajar 

Baling Kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.