Bawa Budak 10 Tahun Ke Hotel, Kau Nak Buat Apa?

Tambah ke Sumber Pilihan
Bawa Budak 10 Tahun Ke Hotel, Kau Nak Buat Apa?

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya diselamatkan oleh pasukan polis selepas terima maklumat daripada pekerja sebuah hotel di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.

Menurut laporan Harian Metro, perbuatan mencurigakan seorang lelaki yang tiba berdua sahaja bersama kanak-kanak itu menimbulkan syak pekerja berkenaan.


5 minit baru buka pintu bilik, kanak-kanak hanya bertuala

Polis mengambil masa 5 minit untuk mengetuk pintu bilik sebelum ia dibuka dan menemui seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan yang hanya bertuala, kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad.

“Mangsa memberitahu bahawa suspek kerap membawanya keluar dan pada hari kejadian, mangsa mendapat kebenaran ibu bapanya untuk mengikut lelaki terbabit yang dikatakan bapa saudaranya.”

Suspek dapat kebenaran daripada ibu bapa untuk bawa mangsa keluar

Mohd Taib turut berkata, daripada keadaan ketika tangkapan dilakukan, polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk memastikan mangsa tidak dianiaya dan terlibat dengan gejala tidak bermoral.

“Suspek juga memberitahu bahawa dia adalah bapa saudara kepada kanak-kanak berkenaan dan katanya, dia mendapat kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak itu untuk membawanya keluar,” jelasnya.

Dikatakan, ini adalah kali kedua kejadian seperti ini berlaku kepada kanak-kanak berkenaan.

Suspek dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak berusia antara 25 hingga 28 tahun.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Baca: Pedofilia Ditembak Di Khalayak Ramai Lepas Rogol Budak 10 Tahun

Pedo Mati

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Suraya Roslan
Lagi tulisan Suraya
Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Bawa Budak 10 Tahun Ke Hotel, Kau Nak Buat Apa?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bawa-budak-10-tahun-ke-hotel-ko-nak-buat-apa/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM