in

Pedofilia Ditembak Di Khalayak Ramai Lepas Rogol Budak 10 Tahun

Ped4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, banyak kes pedofilia sekarang ni kan. Kat dalam Malaysia, hukuman yang dikenakan juga macam tak menginsafkan. Tapi kat luar negara, dia punya hukuman sangatlah menakutkan! Korang confirm tak kan fikir pun nak buat salah.


Macam yang dilaporkan oleh DailyMail ni, tiga orang pedofilia telah ditembak di khalayak ramai sebelum digantung kat kren dan menjadi tontonan ramai. Kejadian yang terjadi kat Yemen ni berlaku sebab ketiga-tiga pelaku tersebut disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun. Kejamnya!

Ped6

Ped7
sumber: dailymail

Melalui gambar-gambar ni korang boleh lihat pesalah ni semua diarak di hadapan semua orang kat tengah-tengah Sana’a, bandar terbesar kat negara tu.

Mereka digari dan disuruh meniarap dan kemudiannya ditembak sebanyak lima kali pada bahagian jantung! Seramnya!

Ped3
sumber: dailymail

Lepas tu, mayat mereka diangkat tinggi ke udara menggunakan kren. Perbuatan ni sebagai amaran kepada orang lain supaya tak melakukan kesalahan yang sama. Ramai orang kat situ yang keluarkan telefon untuk rakamkan kejadian tu. Hmmmm…..

Ped4
sumber: dailymail

Kalau korang nak tahu, Yemen adalah antara negara kat dunia ni yang jalankan hukuman mati untuk jenayah kejam seperti bunuh, rogol dan terrorism.

Kalaulah buat kat Malaysia ni, mahu semua tak buat salah. Ye ke?

Baca: Kenali ‘Taktik Halus’ Pedofilia Sebelum Rogol Mangsa

Ped

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.