in ,

“Baru sekarang nak menyesal?!” – Pelajar Bunuh Diri Sebab Kena Paksa Masuk ‘Geng Rahsia’, 2 Pembuli Datang Minta Maaf

Seorang pelajar sekolah menengah dilaporkan meninggal dunia akibat membunuh diri pada 3 Mac baru-baru ini. Menurut laporan, pelajar bernama Jun itu tidak tahan kerana sering menjadi target dua rakan sekelas yang membulinya.

Salah seorang rakan Jun mendedahkan bahawa mangsa memang sering dibuli oleh dua pelajar tersebut hanya kerana dia tidak mahu sertai ‘geng rahsia’ mereka. Jun baru berpindah ke sekolah tersebut pada Januari tahun ini dan sebagai pelajar baru dia telah dipaksa oleh dua pembuli tersebut untuk sertai geng berkenaan.

Kata rakan Jun lagi, dia turut dipaksa sebelum ini namun dia tidak bersetuju dan berani melawan pembuli itu semula. Malang bagi Jun, dia tetap terus dibuli dan kegiatan itu berlaku dengan kerap.

Lepas saya (rakan Jun) bergaduh dengan mereka (pembuli), mereka tidak cuba lakukan provokasi lagi. Tapi mereka tetap terus membuli Jun.”

Upacara pengebumian telah dilakukan di Johor di mana keluarga dan saudara mara berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir.

Bagaimanapun, suasana bertukar tegang apabila dua pembuli yang bertanggungjawab membuatkan Jun tertekan itu tiba-tiba hadir ke upacara tersebut bersama kedua ibu bapa mereka.

Mereka kemudian meminta maaf dan ketika sedang berdiri di tepi keranda Jun, kedua ibu bapanya bertanya kepada dua rakan sekelas yang membulinya itu,

Kalau anak kamu yang terjun, apa kamu buat? Anak saya tiada pilihan dan terjun (kerana tertekan).”

Dua pelajar itu juga dilihat melutut di depan di depan gambar Jun dan meminta maaf ke atas tindakan mereka membulinya selama ini.

Meskipun masih terkilan dan marah, bapa Jun cuba bersabar dan berkata kepada dua pelajar terbabit bahawa dia boleh maafkan mereka jika mereka betul-betul menyesal.

Bapa Jun dikatakan hampir hilang sabar ketika itu namun keluarga cuba menahan dan menenangkannya. Tapi, pada masa yang sama saudara mara Jun mengelilingi dua pembuli itu dan menengking mereka. 

Mereka juga turut menegur ibu bapa kedua-dua pelajar tersebut kerana tidak pandai mendidik anak masing-masing. Menyedari anak mereka memang bersalah, mereka tidak mampu memberi apa-apa respon ketika dimarahi.

Harap dua-dua tu insaf dan sedar lepas ada yang bunuh diri sebab dibuli oleh dorang!

Baca: “Cikgu ejek pakaian dia” – Pelajar 16 Tahun Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Jadi ‘Target’ Guru di Sekolah

Sumber: China Press
Sumber: China Press
Sumber: China Press
Sumber: China Press
Sumber: China Press