in

“Bantulah miskin hina”- Lelaki Kena ‘Bash’ Dakwa Lagu Sesuci Lebaran Toksik

Ft Tokti Sesuci Lebaran 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagu raya Aidilfitri Sesuci Lebaran dendangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi ini pasti akan didendangkan dan menjadi siulan orang ramai dekat musim perayaan ini.

Dah hampir 2 dekad umur lagu ini, tiba-tiba ada pula orang nak pertikaikan lirik lagunya dan menyifatkan ia sebagai sebuah lagu yang toksik dekat zaman-zaman TikTok ni.


 

“Hina sangat ke jadi miskin?”

Satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok membuat tanggapan sedemikian di barisan lirik bantulah miskin hina, dia mempersoalkan bahawa adakah hina menjadi seorang yang miskin.

Lelaki Troll Lagu Tokti

Video tersebut telah mendapat tumpuan netizen dan sekaligus telah mengundang kecaman di Twitter. Ini kerana ayat ‘miskin hina’ itu bukanlah membawa maksud menghina golongan yang serba kekurangan, tetapi ayat ini ada membawa maksud tersendiri.

Bukan itu sahaja, perkataan itu ada tertulis di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka berkenaan dengan maksud ‘hina’.

Sesuci Lebaran 4

Sesuci Lebaran 2

Mungkin ia hanya sekadar hiburan untuk tatapan kita atau mungkin dia betul-betul tak tahu apa maksud yang ada. Ya lah, dulu kan bahasa agak kasar, dia ingat macam tu lah kot. Husnuzon bulan-bulan puasa ni.

Baca : “Lip lap, lip lap!” – Ini 7 Lagu Raya Baru Yang Akan Meriahkan Aidilfitri 2022 Korang

Ini 7 Lagu Raya Baru Yang Akan Meriahkan Aidilfitri 2022 Korang

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.