in

“Lip lap, lip lap!” – Ini 7 Lagu Raya Baru Yang Akan Meriahkan Aidilfitri 2022 Korang

Ini 7 Lagu Raya Baru Yang Akan Meriahkan Aidilfitri 2022 Korang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Selamat, Aidilfitri, kepada saudara serta saudari, setahun, hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini”. Korang semua mesti pernah dengar lagu Selamat Hari Raya yang dinyanyikan oleh Allahyarhamah Seniwati Saloma ni kan? Salah satu lagu raya favourite min ni!


Kalau nak dekat akhir bulan puasa, mesti shopping mall dah mula pasang lagu-lagu raya nostalgia untuk orang awam rasa vibes raya tu sendiri. Bagi yang dalam perjalanan balik ke kampung terutama yang makan masa berjam-jam tu, lagu raya yang korang dengar dekat corong radiolah akan jadi peneman setia.

Bila nak dekat je Hari Raya, mesti ramai artis yang menderu-deru buat lagu raya. Jadi, jom min kongsikan dekat korang 7 lagu raya baru yang akan meriahkan lagi Aidilfitri 2022 korang.

1. Lip Lap Raya – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Tipulah kalau korang tak jatuh cinta dengan suara penyanyi nombor 1 tanah air kita, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ni kan? Kalau dulu, boleh dikatakan koleksi lagu raya Tokti yang terpaling evergreen ialah ‘Sesuci Lebaran’.

Selepas lama tak keluar lagu raya baru, Tokti muncul dengan lagu ‘Lip Lap Raya’ tahun 2022 ni. Dari muzik video yang meriah dengan lampu mengerlip serta penari latar menari sekali dengan Tokti, memang meriah habislah. Korang dah dengar belum? Ke dah siap hafal lirik dah?

2. Suara Lebaran Kita – Hael Husaini & Dolla

Kalau dulu Hael Husaini terkenal dengan lagu ‘Bersyukur Seadanya’ dan kumpulan Dolla famous dengan lagu ‘Raya, Raya Raya’, pada tahun 2022 ni, mereka bergabung dengan lagu baru ‘Suara Lebaran Kita’.

Bila lihat dengan teliti muzik video dorang, korang dapat perhatikan pelbagai tema, warna dan ‘props’ digunakan. Tak lupa juga dengan sedikit rap yang diselitkan dalam lagu. Bukan Dolla lah kalau tak rap kan?

Boleh dikatakan yang muzik video ini sedikit berbeza dan unik berbanding lagu raya yang biasa kita tengok. Kata netizen, dorang minat sebab penyampaian lagu yang tak ‘cliche’ serta semua bangsa boleh enjoy. Kualiti video pun tip top tau! Korang suka tak genre macam ni?

3. Seikhlas Hati – SOG & Shila Amzah

Kita semua dah sedia maklum dengan kumpulan ‘Sekumpulan Orang Gila’ atau lebih dikenali dengan SOG serta Shila Amzah yang dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah Juara Lagu 36 menerusi lagu ‘Pelukan Angkasa’. Gempak kan?

Untuk pengetahuan korang, SOG ni merupakan kumpulan muzik Indie yang selalu membawa rentak post-hardcore dan rock alternatif dalam penghasilan melodi lagu dorang.

Apa yang menariknya dalam muzik video mereka ni, mereka ada selitkan elemen rock dan tradisional ditambah pulak dengan instrumen tiupan seruling. Tak lupa juga dengan suara Shila Amzah yang memang bertenaga. Comel je min tengok Shila pakai abaya oren tu!

4. Sambutlah Hari Raya – Aiman Tino

Selalunya kalau Aiman Tino, kita dah terbiasa dengar lagu bergenre pop dan balada macam lagu ‘Ku Rela Dibenci’ dan ‘Permata Cinta’. Tangkap leleh habis!

Namun kali ni, Aiman keluarkan lagu raya baru 2022 berjudul ‘Sambutlah Hari Raya’ yang bila korang dengar, memang happening dan jadi auto semangat nak rayalah.

Muzik video lagu ni simple, tak pelik dan sedap mata memandang. Kira tak melebih dan bila korang dengar banyak kali pun, susah nak bosan. Team dorang pun comel menari sambil main bunga api lagi!

5. Jom Balik Raya – Qody Rany & SA-YA

Korang rindu tak dengan kumpulan Senario? Lagu raya dorang macam ‘Seminggu Berhari Raya’ dengan ‘Puasa & Raya’ memang catchy habis dan riuh je bila dengar. Terus rasa nak joget sekali!

Kali ni, walaupun dorang tak keluarkan lagu raya, namun 2 dari ahli Senario iaitu Saiful Apek dan Yassin berkolaborasi dengan Qody Rany dalam lagu ‘Jom Balik Raya’. Wah terubat rindu!

Menerusi muzik video dorang ni, memang berdekah habislah sebab dorang masih kekalkan trademark Senario yang zoom in muka dan berlatar belakangkan gambar pegun yang berkaitan dengan lirik. Dalam komen pun ramai yang terhibur dan suka dengan old vibes lagu ni.

6. Hari Raya Untuk Semua – Fieya Julia

 

Ini adalah antara lagu raya yang masih kekalkan ‘props’ dan suasana raya yang tradisional. Ditambah pulak dengan background rumah kampung, bunga api dan pelita, mesti ramai yang rindu nak main dengan sanak saudara dan ahli keluarga dekat kampung.

Selain itu, ada jugak scene bermaaf-maafan dan menganyam ketupat dalam muzik video ni. Nak sebut pasal suara Fieya Julia sendiri, memang terang-terang lah sedap dan lembut je didengar.

7. Kelepok Raya – Dato Sri Aliff Syukri & Datin Sri Shahida

Walapun dah terima pelbagai kecaman dari netizen siap kena bebel dan ceramah dengan mak Dato Sri Aliff Syukri sendiri iaitu Bonda Rozita Ibrahim, abang terlajak laris kita ni masih keluarkan lagi raya baru tahun 2022 dengan tajuk ‘Kelepok Raya’. Haa korang terhibur tak?

Apa yang membezakan lagu raya ni dengan lagu raya Aliff Syukri yang lain adalah kali ni dia digandingkan dengan isterinya sendiri, Datin Sri Shahida serta beberapa TikTokers yang lain seperti Angah dan Ayya.

Walaupun sesetengah netizen cakap lagu ini tidak sesuai dengan aksi agak keterlaluan dari penari latar, lagu ini tetap menerima lebih daripada 781k tontonan di YouTube. Macam mana penerimaan korang untuk lagu ni?

Amacam? Dalam banyak-banyak lagu yang min listkan, mana satu yang jadi pilihan hati korang?

Baca: “Kita restart raya” – Netizen Teruja Boleh Rentas Negeri, Siap Minta Mainkan Lagu Raya”

Sabri

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.