in

Bank Rakyat Tawar Moratorium 6 Bulan Kepada Mangsa Banjir

ft bank rakyat tawar moratorium 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemudahan kelonggaran bayaran ansuran pembiayaan atau moratorium selama 6 bulan ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir.

 

Hanya perlu hantar e-mel


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, ia bagi mengurangkan beban perbelanjangan yang harus ditanggung oleh pelanggannya akibat banjir dan sekaligus akibat pandemik ini.

1347520

“Bank Rakyat sentiasa komited membantu semua pelanggan kami yang terjejas, seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia dan kami berharap bantuan ini dapat membantu melegakan mereka yang bimbangkan komitmen kewangan ketika waktu yang mencabar ini.”

Tambahnya, moratorium itu merangkumi Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan penangguhan bayaran keuntungan bagi Pajak Gadai-i.

Permohonan boleh dibuat menerusi e-mel morabanjir21@bankrakyat.com.my dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan dan salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan, lapor Kosmo!

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, atau hubungi pusat panggilan di talian 1300 800 800.

 

Baca : “Bukan saja mangsa, ada juga sukarelawan” 23 Kematian Dicatatkan Akibat Banjir di Selangor

mangsa banjir

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.