in

“Bukan saja mangsa, ada juga sukarelawan” – 23 Kematian Dicatatkan Akibat Banjir di Selangor

kes kematian di selangor banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banjir besar yang melanda Selangor baru-baru ini dilaporkan telah mencatatkan sebanyak 23 kematian sehingga hari ini semenjak bencana itu melanda negeri tersebut akibat hujan lebat selama 3 hari bermula Jumaat lepas.

Menurut Utusan Malaysia, kematian yang pertama mula direkodkan pada Ahad lalu selepas satu demi satu mayat ditemui di Shah Alam yang melibatkan 4 kematian dan beberapa lagi kematian di Desa Coalfields (1), Hulu Langat (3), Klang (1) dan Sepang (3).


flood sar taman sri muda shah alam 2012 7 seo

 

Taman Sri Muda catat 9 kematian 

Kawasan yang terjejas teruk dengan banjir iaitu Taman Sri Muda, Shah Alam pula mencatatkan 9 kematian dengan pada Isnin lepas, 3 mayat mangsa lemas ditemui orang awam dan pasukan Bomba dan Penyelamat.

Screenshot 2021 12 22 at 9.24.06 AM

Anggota bomba juga pada masa yang sama telah menemui satu mayat wanita berusia 40-an dalam sebuah rumah kira-kira jam 12 tengah hari semalam, dan 2 mayat lagi dipercayai dua beranak perempuan berusia 60-an dan 80-an di dalam sebuah rumah pada jam 3 petang.

Kesemua mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

 

MB Selangor ucap takziah kepada mangsa banjir 

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa banjir yang dianggarkan sebanyak 30,632 berdasarkan rekod di 203 pusat pemindahan sementara di seluruh negeri.

WhatsApp Image 2021 12 21 at 11.02.37 PM

Jumlah itu datang daripada 4,672 keluarga dan berdasarkan daripada perkembangan di peringkat bawahan ataupun akar umbi, angka sebenar mangsa dan keluarga dijangkakan meningkat berdasarkan peningkatan paras air di Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang.

“Ada sebahagian yang meninggal ini bukanlah mangsa sahaja, ada juga melibatkan dalam kalangan sukarelawan.

“Ada satu kes babitkan sukarelawan, kita berharap mereka bersabar dengan cubaan dan dugaan ini,” katanya.

Menurut Amirudin, sebanyak 28 agensi telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa banjir antaranya ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Rela, Angkatan Pertahanan Awam (APMM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Semoga mangsa-mangsa banjir yang terlibat diberi ketabahan dalam melalui dugaan ini. Takziah…  

Baca: “Kami tak ada pilihan” – Mangsa Banjir Cerita Situasi Sebenar Terperangkap Dalam Keadaan Kebulur & Terdesak

taman sri muda

Sumber: MY Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.