in

Bagi Komen Perlekeh Tugas Frontliner, Doula Teruk Dikecam Netizen

Fi Front

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, kes harian Covid 19 dilihat mencapai tahap yang cukup merisaukan. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat bermula esok 25 Mei.


Kalau dah banyak kes, makin berlipat-lipat ganda jugalah tugas frontliner kita ni. Allahu kesiannya tengok dorang.

 

‘Doula’ kutuk frontliner

Namun baru-baru ini tular di media sosial apabila komen seorang wanita ini yang dipercayai merupakan seorang doula dilihat seolah menyindir frontliner kita. Korang tahu doula tu ape?

Doula adalah seorang profesional terlatih yang memberikan dukungan fisik dan emosional, serta memberikan informasi kepada seorang ibu sebelum, selama dan segera setelah melahirkan untuk membantu mencapai pengalaman yang paling sehat dan paling memuaskan selama persalinan. – linksehat

Perkara tersebut menjadi bualan ramai apabila satu posting dimuat naik melalui akaun netizen di Twitter, di mana dia menunjukkan komen seorang wanita yang juga doula ini seakan sengaja memperlekeh tugas frontliner kita.

Doula itu dilihat memberi komen di Facebook dengan mengatakan bahawa frontliner bertugas ni tak habis-habis mengadu penat hingga dia menyuruh mereka untuk berhenti kalau dah tak tahan.

Front 4 Edit

 

“Kalau masuk hospital suh jaga diri sendiri!”

Ternyata perkara ini membangkitkan kemarahan netizen kerana tindakan wanita ini dilihat sebagai tidak wajar. Selain ada juga yang menyuruhnya supaya buat segalanya sendiri jika apa-apa berlaku padanya.

Front 1 Edit

Front 2 Edit

Front 3 Edit

Kita doakan supaya urusan frontliner kita ni dipermudahkan. Korang pon jagalah diri, patuhi SOP kerana dalam masa yang sama kita menjaga orang lain.

 

Baca “Panas sampai nak pitam” – Keluhan Frontliners Pakai PPE Seharian, Terpaksa Jirus Air Sebaldi Untuk Sejukkan Badan

Foot Front

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.