in

“Polis trafik pencen kot” – Aksi Makcik Beri Laluan Kepada Ambulans Raih Pujian Netizen

1 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, mungkin kita pernah terbaca berkenaan isu kereta tidak memberikan laluan apabila ambulans cuba untuk melalui jalan raya, walaupun selepas dibunyikan siren.


Unik pada video yang Min jumpa di Tiktok baru-baru ini, seorang makcik yang membonceng motosikal dilihat memberikan arahan kepada kereta-kereta lain untuk melancarkan laluan sebuah ambulans.

Video itu dirakam dari dalam ambulans tersebut, melihatkan aksi wanita berusia itu menghayunkan tangannya kepada beberapa buah kereta, mengarahkan mereka untuk memberi laluan kepada ambulans itu.

Melalui klip yang disebarkan oleh pengguna bernama Asharp Tohir itu, kereta-kereta lain turut memberikan kerjasama untuk ke tepi, mengikut arahan daripada makcik tersebut.

Menurut pemilik video itu, klip tersebut dikatakan lebih panjang namun dia cuma menekankan aksi comel dari wanita berusia tersebut. Lebih cheeky, makcik itu sempat memberikan thumbs up kepada ambulans tersebut. Nampak tegas, tapi cute!

Aura makcik mampu ‘menggegar’ jalan raya

Video tersebut kini mencecah sejuta tontonan  dan meraih lebih 100 ribu like di laman Tiktok. Rata-rata netizen di ruangan komen kagum dengan tindakan makcik tersebut, mengatakan wanita itu mempunyai ‘aura’ tersendiri.

13 1 12

Ada juga yang menganggap makcik itu pernah bekerja sebagai polis trafik. Gaya tu dah ada!

11 210 2

Comel gila gaya makcik ni bagi laluan, kan? Terima kasih kerana memudahkan tugas frontliner!

Sumber: Tiktok

Baca: [VIDEO] Comel! Netizen Terhibur Lihat Gelagat Makcik Kuat Terpengaruh Drama Korea

9 2

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.