Salah satu sebab mengapa kucing sering menjadi pilihan ramai pencinta haiwan untuk dipelihara di rumah adalah si comel ni ada banyak gelagat lucu. Ada yang suka main lampu dan ada juga yang suka main penapis air.
Namun, baru-baru ini pula, seekor kucing di China pula berjaya mencuri tumpuan netizen dengan kerenahnya yang dilihat seperti mahu menjalani swab test macam manusia lain.
Menurut Mothership, video gelagat kucing comel itu mula tular setelah dikongsikan di Sina.cn pada bulan lalu. Dalam video terbabit, kucing itu dilihat duduk di atas sebuah kerusi berhadapan dengan seorang frontliner yang memakai PPE.
Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah universiti di China ketika pelajar dan kakitangan tempat pengajian itu perlu menjalani ujian calitan itu.
Kucing tersebut kemudiannya merenung mata frontliner itu seakan mahu mengatakan ia juga mahukan hidungnya dicalit.
Disebabkan kucing tu macam tak nak berganjak dari kerusi selagi tak dapat swab test tu, frontliner tu pun saja buat-buat calit hidung si bulus tu.
Yang kelakarnya lagi, kucing tu pun terus lari selepas itu, mungkin sebab dia puas hati dah diperiksa oleh individu yang bertanggungjawab buat swab test tersebut.
Min rasa kucing ni sebenarnya curious nak tahu macam mana rasa kena calit hidung kot.
Sumber: Mothership
Baca: Lampu Kelip-kelip Macam Filem Seram, Lelaki Geram Rupa-rupanya Kucing Main Lampu