‘Frontliner’ Gaza Menangis Selepas Mendapat Khabar Anggota Yang Lain Syahid

Tambah ke Sumber Pilihan
‘Frontliner’ Gaza Menangis Selepas Mendapat Khabar Anggota Yang Lain Syahid

Perang antara Israel dan Palestin yang berlaku sampai ke hari ini telah mengorbankan beribu-ribu mangsa.

Lebih menyayat hati, video yang tular di platform X baru-baru ini menunjukkan beberapa frontliner kesihatan menangis teresak-esak selepas mendengar khabar rakan anggota yang lain syahid dalam perang tersebut.


Artikel berkaitan: “Suamiku syahid!” – Netizen Sebak Lihat Doktor Umum Kematian Suami, Terkorban Ketika Perang

Artikel berkaitan: Masjid Di Palestin Hasil Dana Rakyat Malaysia Musnah Dibedil Israel

Kesedihan yang tidak dapat dibayangkan

Dalam kesibukan anggota kesihatan Gaza menyelamatkan mangsa kekejaman musuh, mereka mendapat khabar mengenai rakan-rakan anggota yang lain syahid akibat serangan Zionis.

Beberapa anggota kesihatan dilihat berpelukan dan menangis seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa rakan seperjuangan mereka telah dipanggil bertemu Sang Pencipta.

Musuh target ambulans

Menurut laporan Astro Awani, setakat ini 20 buah ambulans telah dibom oleh zionis Israel menyebabkan angka kematian selain daripada orang awam juga meningkat.

Biasanya ambulans akan membawa orang awam yang cedera atau terkorban. Tetapi kali ini ambulans membawa anggota kesihatan yang syahid dibom Israel.

Video yang lain dalam hantaran yang sama memaparkan beberapa frontliner mendirikan solat jenazah kepada petugas kesihatan yang syahid dalam pertempuran itu.

Menerusi ruangan balas dalam hantaran itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan berdoa agar kemenangan berpihak kepada yang benar.

Palestin 1 Palestin 2

Sumber: X, Astro Awani

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

‘Frontliner’ Gaza Menangis Selepas Mendapat Khabar Anggota Yang Lain Syahid
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/frontliner-gaza-menangis-selepas-mendapat-khabar-anggota-yang-lain-syahid/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM